- Details

Merkuri atau raksa ialah logam berat yang hadir secara semulajadi (salah satu mineral yang wujud di bumi). Merkuri ialah logam yang wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik. Merkuri boleh wujud dalam bentuk unsur, organik dan bukan organik.
Merkuri wujud dalam persekitaran terutamanya adalah dari pembakaran bahan api seperti arang batu, petrol, dari industri yang melibatkan merkuri seperti peralatan elektronik, bateri, lampu, termometer, dental filling dan juga dari sektor pertanian yang menggunakan fungicide (bahan kimia untuk membunuh kulat).
Kosmetik
Penggunaan merkuri kini semakin berleluasa di dalam kosmetik. Merkuri bertindak sebagai agen pemutih yang selalu digunakan dalam sabun dan krim. Merkuri dalam bentuk bukan organik bertindak mencegah pembentukan melanin menjadikan tona kulit lebih cerah.
Antara kesan utama merkuri bukan organik yang terkandung dalam pencerahan kulit sabun dan krim adalah kerosakan buah pinggang. Merkuri dalam produk mencerahkan kulit juga boleh menyebabkan ruam kulit, perubahan warna kulit dan parut, serta pengurangan rintangan kulit untuk jangkitan bakteria dan kulat. Kesan lain termasuk keresahan, kemurungan atau psikosis dan neuropati periferal.
- Details

- Details

Keinginan untuk hidup berpasangan merupakan lumrah bagi setiap insan. Kesunyian dan kesepian sering mendorong golongan wanita dan lelaki bujang di luar sana untuk mengambil langkah mudah dan drastik dalam perhubungan.
Tambahan pula, aplikasi mudah alih yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan juga memudahkan mereka untuk mencari pasangan hidup. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang terdesak ingin mencari pasangan hidup.
Di Malaysia, kes ‘Love scam’ semakin menjadi-jadi dan kegiatan ini semakin licik dilakukan, yang kebanyakannya dilakukan oleh warga asing. Ramai rakyat Malaysia yang telah menjadi mangsa love scam ini.
- Details

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Skim insurans kesihatan sukarela yang dicadang kerajaan, perlu mengandungi kriteria-kriteria yang komprehensif dan bersifat menyeluruh sesuai dengan keperluan semasa, kata Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA).
Timbalan Presidennya Mohd Yusof Abdul Rahman berkata skim insurans itu, bukan hanya sebagai alternatif kepada pengguna, malah mampu menyaingi skim-skim insurans yang ditawarkan syarikat swasta dalam memberikan perlindungan dan rawatan kesihatan.
"Ia satu langkah yang amat baik daripada kerajaan untuk memperkenalkan skim insurans ini memandangkan kos mendapatkan rawatan yang semakin meningkat terutama di hospital-hospital swasta.
"Bagaimanapun, skim itu harus menepati kehendak pengguna yang mana selain mempunyai kriteria seperti perlindungan menyeluruh dan peluang mendapatkan rawatan untuk pelbagai jenis penyakit, perkara yang paling penting ialah kadar premiumnya mampu dibayar pengguna," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Read more: FOMCA mahu skim insurans sukarela yang komprenhensif, menyeluruh
- Details
On 23rd April 2017, Chief Minister of Penang Lim Guan Eng has made a shocking announcement that water surcharge in Penang would be increased.
The state was applying to the National Water Services Commission (SPAN) for approval to increase it from RM0.48 to RM1, on every thousand litres used after 35,000 litres for domestic users.
Penang is not the only state that is planning to implement the high water surcharge for consumption exceeding 35m3, in fact Johor has already taken the initiative to increase its water tariff since August 2015.
The water tariff in Johor will be increased to between RM2 and RM3 per cubic meter for domestic use in excess of 20m3 and 35m3 respectively per month.
Read more: Water tariff hike might help the future generation
- Details
Di peringkat global kita telah membuat kemajuan yang baik dalam beberapa kawasan bagi menangani kebuluran dunia TETAPI berdasarkan laporan FAO terdapat kira-kira 795 juta orang daripada 7.3 bilion orang di dunia yang mengalami kurang zat makanan yang kronik pada tahun 2014 - 2016. Hampir semua mangsa tersebut, 780 juta, hidup di negara-negara membangun. Terdapat juga kira-kira 11 juta orang kekurangan zat makanan di negara-negara maju (FAO 2015).
Objektif bengkel adalah untuk:
1. Mengenal pasti lokasi yang tepat bagi setiap aktiviti dan agensi yang boleh membantu dalam menggerakkan pihak berkepentingan khusus untuk melaksanakan program pengurusan sisa makanan yang bertanggungjawab: sekolah, isi rumah (sebaik-baiknya wanita dalam perumahan strata: pangsapuri, kondominium, flat dan lain-lain) dan pengendali perkhidmatan makanan (sebaik-baiknya mereka dengan gred A atau B atau dengan pensijilan Kementerian Kesihatan Malaysia).
2. Mengenal pasti penceramah dan tenaga pengajar dan membimbing pihak berkepentingan ini mengenai pengurusan sisa makanan: kitar semula, kompos, pemisahan dan lain-lain) dan penyediaan makanan yang bertanggungjawab untuk rumah dan perkhidmatan makanan (pemberian kepada badan amal, perancangan penyediaan makanan dan lain-lain).
Read more: Bengkel Pengurusan Sisa Makanan Yang Lestari : Feed People, Not Landfills
- Details

Petaling Jaya: Cukup untuk memberi makan tujuh juta orang sehari, itu data pembaziran 8,000 tan makanan yang dilakukan rakyat Malaysia setiap hari.
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Nor Siti Aishah Said berkata, makanan adalah komposisi tertinggi iaitu 45 peratus daripada sisa pepejal di tapak pelupusan sampah seluruh negara.
Menurutnya, pembuangan makanan itu berlaku merangkumi sepanjang proses persiapan, pengeluaran dan pemprosesan makanan serta sewaktu sesi makan.
“Kira-kira 20 peratus sisa itu sewaktu dibuang masih boleh dimakan dan boleh dielakkan daripada dibuang.
“Keadaan itu boleh dielakkan sekiranya rakyat Malaysia lebih prihatin dalam soal pengambilan makanan dengan hanya mengambil yang perlu.
“Berdasarkan kajian SWCorp yang lain pula, satu isi rumah terdiri daripada lima orang didapati membelanjakan RM900 sebulan untuk membeli keperluan makanan. Suku daripadanya dibuang iaitu pembaziran RM225 sebulan atau RM2,700 setahun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi pembentang dalam seminar Pengurusan Sisa Makanan Yang Lestari ‘Feed People, Not Landfills’, di sini, semalam.
Sementara itu, Dekan Kluster Penyelidikan Sains Mapan Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Sumiani Yusoff berkata, pembuangan sisa makanan bukan hanya sesuatu yang membazir malah mengancam alam sekitar.
- Details

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan, sebaliknya perlu memikirkan kesannya sebelum menjadi mangsa penipuan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.
"Pertama sekali bila ada orang tawarkan pulangan 20 peratus, mereka perlu cepat-cepat pergi buat laporan di Bank Negara atau polis. Jika melabur sebulan sudah dapat 20 peratus, mana logik, ini tipu sahaja.
Yang menjadi masalah sekarang, bila mereka dah dapat 20 peratus itu mereka diam sahaja. Namun bila tak dapat 20 peratus itu mereka baru mula bising," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu satu skim pelaburan, 'JJ Poor to Rich' (JJPTR) yang โโdilaporkan digodam dan mengalami kerugian RM500 juta.
Media baru-baru ini melaporkan Pengasas JJPTR , Johnson Lee, 28, dalam catatan di laman Facebook JJPTR Malaysia pada Isnin berkata beliau merancang untuk membuat bayaran balik kepada pelabur (baharu) pada pertengahan Mei.
- Details
KITA sering mendengar keluhan orang ramai mengenai keadaan permukaan jalan raya yang tidak rata serta berlubang di sana sini di merata tempat di negara ini. Walaupun isu ini sering dibangkitkan oleh pelbagai pihak termasuk media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia, namun masalah ini terus menghantui pengguna jalan raya, seolah-olah tidak ada jalan penyelesaian.
Lebih merumitkan keadaan apabila kerja-kerja meningkatkan sistem pembetungan dan saliran giat dijalankan di banyak tempat lantas menghasilkan lubang-lubang besar yang boleh mengundang malapetaka.
Kejadian seorang guru wanita hampir terbunuh apabila keretanya menjunam masuk ke dalam lubang besar di kawasan kerja pembetungan di Taman Sri Jerlok, Kajang bulan lalu seharusnya membuka mata pelbagai pihak mengenai bahaya yang dihadapi oleh pengguna jalan raya.
- Details

KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) mengingatkan orang ramai supaya mengabaikan panggilan kononnya dari 'bank' mengenai jumlah tunggakan pinjaman atau meminta pengesahan transaksi kad kredit.
"Bank-bank tidak akan meminta maklumat peribadi melalui panggilan telefon," menurut persatuan itu dalam kenyataan di sini.
ABM menjelaskan, berdasarkan laporan diterima, terdapat dua modus operandi yang kerap digunakan oleh pemanggil palsu terbabit.
Modus operandi pertama melibatkan mesej yang telah direkodkan akan memaklumkan penerima panggilan bahawa mereka mempunyai jumlah pinjaman tertunggak.
Read more: Waspada panggilan palsu dari 'bank', dapatkan maklumat peribadi - ABM
Page 8 of 10
MAJALAH RINGGIT

๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ
๐๐ข๐ฅ ๐ - ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ข ๐๐๐๐
๐ https://rebrand.ly/Ringgit0014
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐ & ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ adalah usahasama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk menyampaikan pendidikan kewangan kepada anda.
๐ Baca & Muat Turun kesemua edisi RINGGIT melalui pautan:
https://rebrand.ly/Ringgit001-pusatsumber
MAJALAH CEKAP

MAJALAH CEKAP
Edisi 7 - JANUARI 2025
Mahukan tip pengurusan dan kecekapan tenaga?
Dapatkan CEKAP terbitan FOMCA serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk rujukan anda.
Baca & Muat Turun kesemua edisi CEKAP melalui pautan di bawah:
MAJALAH GENERASI PENGGUNA

MAJALAH GENERASI PENGGUNA
EDISI 2024
MAJALAH GENERASI PENGGUNA EDISI 2024
Mahukan tip dan maklumat pengurusan kewangan?
Dapatkan majalah GENERASI PENGGUNA terbitan FOMCA serta KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN) untuk rujukan anda.
Aduan Pengguna
Most Read Posts
Traffic






