FOMCA dengan kerjasama Bank Negara Malaysia telah menganjurkan program latihan pengurusan kewangan dengan bertujuan untuk mendidik pengguna berkenaan perancangan kewangan dan pengurusan kewangan, terutamanya kepada golongan pekerja muda. Program ini dijalankan disebabkan oleh kajian yang menunjukkan banyak pengguna terutamanya pekerja muda, menghadapi masalah kewangan, ada yang telah diisytiharkan bankrap kerana amalan pengurusan kewangan yang lemah, terutamanya ketika menguruskan hutang mereka.
Topik yang dibincang dalam latihan tersebut ialah seperti:
- Kepentingan pengurusan kewangan
- Membuat bajet
- Pengurusan aliran wang tunai
- Penggunaan berhemat
- Pengurusan hutang
- Kepentingan menyimpan
- Kad kredit
- Penipuan
Latihan sepanjang 2 jam tersebut menggunakan unsur-unsur latihan praktikal, permainan interaktif, video yang menarik dan contoh-contoh yang sebenar untuk memudahkan peserta dalam memahami topik-topik yang dibincangkan.