Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Water and Energy Consumer Association of Malaysia-WECAM) telah ditubuhkan untuk melindungi kepentingan semua lapisan pengguna dalam kitar hayat sektor air dan tenaga. Melihat kepada isu perubahan iklim, kedua-dua sektor ini merupakan sektor-sektor yang paling terjejas.

WECAM juga merupakan kumpulan sokongan teknikal (iaitu kejuruteraan, analisis dan perisian) kepada Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA). Sejarah WECAM bermula dengan penubuhan FOMCA pada 1973. FOMCA telah memasukkan elemen perlindungan alam sekitar sebagai salah satu agendanya dan menubuhkan Bahagian Alam Sekitar FOMCA.

Bahagian ini telah berkembang pesat dan berdikari dengan kadar cepat. Ini menyebabkan penubuhan semula Bahagian Alam Sekitar FOMCA sebagai entiti yang memfokus kepada isu-isu air dan tenaga serta secara keseluruhan isu alam sekitar.


Visi

Untuk menjadi Badan Bukan Kerajaan yang memimpin perlaksanaan Penggunaan Air dan Tenaga serta sumber-sumbernya secara lestari melalui menjalankan program-program pembinaan kapasiti, pendidikan pengguna berterusan dan advokasi

Misi

  1. Untuk menambahbaikan perlaksanaan penggunaan lestari air dan tenaga di Malaysia
  2. Untuk memberikan penyelesaian dan cadangan yang objektif dan berfungsi dalam mewujudkan penggunaan air dan tenaga yang lestari di Malaysia
  3. Untuk mewujudkan kesedaran, membina kapasiti dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan penggunan air, tenaga, sumber-sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui melalui kerjasama dengan kerajaan, sektor swasta, orang awam dan organisasi antarabangsa
  4. Untuk menjadi Badan Bukan Kerajaan yang memimpin dalam advokasi Penggunaan Lestari air dan tenaga di Malaysia dan antarabangsa untuk pengguna domestik dan industri