Tenaga merupakan salah satu asas bagi pembangunan sesebuah negara. Isu utama adalah kebolehan sesebuah kerajaan untuk menampung keperluan rakyat dan kos tenaga yang semakin meningkat pada masa yang sama. Pengguna-pengguna domestik, komersil dan industri perlu sedar akan kepentingan kecekapan dalam penggunaan tenaga untuk memainkan peranan dan tanggungjawab bersama-sama dengan kerajaan.

 

Menyedari kepentingan ini, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) atau dahulunya dikenali sebagai Bahagian Alam Sekitar FOMCA telah merangka Pelan Kecekapan Tenaga Kebangsaan untuk jangkamasa 10 tahun. Kempen ini merupakan langkah pertama dalam pelaksanaan pelan ini. Kempen ini juga telah mendapat sokongan daripada pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (dahulunya Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi), Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pusat Tenaga Malaysia (PTM).

 

 

SWITCH! merupakan satu usaha oleh badan bukan kerajaan dengan sokongan kerajaan dan industri untuk kebaikan rakyat dan negara.

 

BERUBAHLAH!

BERUBAHLAH tabiat supaya menutup peralatan apabila tidak digunakan

BERUBAHLAH kepada peralatan yang Cekap Tenaga

 

Klik disini untuk keterangan lanjut mengenai kempen ini