FOMCA mengadakan program kesedaran menangani kos sara hidup dan pengguna berhemat di komuniti di seluruh Malaysia.
Objektif Program :
1. Mempersiapkan diri masyarakat pengguna dengan situasi ekonomi semasa dan akan datang.
2. Meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai hak sebagai seorang pengguna dan penggunaan berhemah.
3. Menukar “mind set” masyarakat pengguna ke arah penggunaan mampan dan bijak semasa berada di pasaran.
Tema Program:
“Perubahan Bermula Dengan Saya“
Sasaran:
1. Golongan wanita
2. Golongan belia
3. Jabatan – jabatan kerajaan /swasta
4. Persatuan dan Jawatankuasa penduduk
Modul:
1. Hak dan Peranan Pengguna
2. Pengurusan kewangan
3. Penggunaan Berhemat
4. Pengguna, Pasaran dan Harga