Rakyat Malaysia membuang sisa makanan kira-kira 8,000 tan setiap hari, sisa makanan ini boleh memberi makanan kepada 8 juta orang, termasuk 990 tan makanan yang siap sedia tanpa dimakan. Kebanyakan sisa makanan yang dibuang memerlukan tapak pelupusan yang selamat dan telah melampaui kapasiti penuh. Statistik yang dilakukan oleh Solid Waste Corporation of Malaysia (SWCorp) menunjukkan bahawa sisa makanan di Malaysia mencapai 15,000 tan setiap hari, termasuk 3,000 tan yang masih boleh digunakan dan tidak seharusnya dibuang.

Makanan yang mereput akan meresap dan boleh mencemari saluran dan sumber air semula jadi. Sisa tersebut juga menyebabkan beban ekonomi dengan pencemaran tanah alam sekitar melalui penggunaan racun perosak dan peningkatan penggunaan air. Di samping itu, import bil di Malaysia mencatatkan RM35 bilion hingga RM 40 bilion dan 25% daripada pendapatan purata rakyat Malaysia dibelanjakan untuk makanan dan minuman. Sisa makanan yang dilupuskan di tapak pelupusan sisa adalah merupakan punca utama penghasilan gas rumah hijau atau “Greenhouse Gas” (GHG) dari sektor pengurusan sisa di Malaysia. Mengalihkan sisa makanan dari tapak pelupusan tidak hanya memulihara kawasan pelupusan sampah yang terhad, tetapi juga membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Pengurusan sisa menyumbang sebanyak 12% daripada jumlah keseluruhan penghasilan GHG di Malaysia. Manakala, tapak pelupusan sisa merupakan punca terbesar pelepasan gas metana (47%) yang merupakan gas perosak lapisan ozon yang utama, iaitu 21 kali ganda lebih daripada kerosakan yang diakibatkan oleh gas karbon dioksida.

Forum Air Malaysia (FAM) dengan kerjasama SWCorp sedang melaksanakan projek Pengurusan Sisa Makanan dalam kalangan komuniti, sekolah dan pengendali makanan dibawah Program Lifestyles “10 Year Framework Programme for Sustainable Consumption and Production” dengan sokongan oleh Badan Sekretariat 10YEP United Nation Environment Programme (UNEP) dengan Koordinasi SLE (IGES, SEI dan WWF).

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, menyenaraikan 44 lagi syarikat dan laman web ke dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan.

Senarai Amaran Pengguna Kewangan itu merujuk kepada syarikat dan laman web yang tidak dibenar atau dilulus mengikut undang-undang serta peraturan berkaitan yang ditadbir BNM.

Menerusi laman webnya, BNM berkata, senarai terbabit bagaimanapun tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat serta pertanyaan yang diterima.

"Susulan penyenaraian terkini (tambahan 44 yang baru dimasukkan itu), BNM kini sudah menyenaraikan 395 syarikat dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan," katanya.

Berdasarkan Amaran Pengguna Kewangan yang dikeluarkan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia mengikut undang-undang berkaitan.

Hanya institusi kewangan iaitu bank, syarikat insurans, pengendali takaful, penggurup wang, penyedia perkhidmatan pengiriman wang dan pemborong mata wang (kini perniagaan perkhidmatan wang) diberikan lesen oleh BNM.

Semakan BH mendapati, berdasarkan nama syarikat yang dimasukkan itu, kebanyakannya menawarkan pelbagai skim pelaburan yang mencurigakan serta perdagangan mata wang asing.

Untuk mendapatkan senarai penuh syarikat dan laman web yang disenaraikan dalam Amaran Pengguna Kewangan BNM, orang ramai boleh menyemaknya dengan melayari sesawang http://www.bnm.gov.my/index.php?ch>en_announcement&pg>en_announcement&ac>564&lang>en dan http://www.bnm.gov.my/documents/2017/20170828_FCA_EN.pdf

sumber:- https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/08/318980/bnm-tambah-44-syarikat-dalam-amaran-pengguna-kewangan

 
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan  program Kempen Ke Arah Masyarakat Celik Kewangan di Sabah dan di LPPKN Kepala Batas, Penang. 
 
Pada Julai 2017, FOMCA telah menjalankan sebanyak 6 program Ceramah Ke Arah Masyarakat Celik Kewangan 2017 di empat lokasi yang berbeza di kawasan sekitar Kinarut, Tawau, Kunak dan Sugut, Sabah. 
 
Hal ini selaras dengan isu pengurusan kewangan masyarakat Malaysia, terutama di Sabah yang masih pada tahap yang membimbangkan kerana masih kurang kesedaran tentang kepentingan pengurusan kewangan bagi setiap individu. Program ini juga bertujuan memberi kesedaran terhadap jenayah kewangan yang semakin meningkat saban hari.

MUNGKIN ramai tidak mengetahui, seorang pengguna domestik di Semenanjung yang ­kediamannnya mengalami gangguan elektrik melebihi tempoh tiga jam bagi kerosakan kecil, berhak untuk mendapat rebat minimum RM10 atau satu peratus daripada jumlah bil bulanan.

Dalam pada itu, mana-mana permohonan baharu untuk bekalan elektrik yang tidak mendapat penyambungan dalam tempoh lima hari bekerja, pemohon itu berhak mendapat rebat RM50. Hak-hak ini serta banyak hak lain sebenarnya terkandung dalam dokumen Standard Prestasi Perkhidmatan Bekalan Elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melindungi hak-hak pengguna.

Perlindungan kepada hak pengguna domestik dan industri itu meliputi pelbagai kesulitan termasuk masalah gangguan tidak dijangka, gangguan yang berulang serta tersalah ­melakukan pemotongan bekalan di premis.

Bercakap mengenai perkara ini, Pengarah Pengurusan Tenaga dan Kualiti Perkhidmatan, Suruhanjaya Tenaga (ST), Ir. Abdul Rahim Ibrahim berkata, mana-mana pengguna yang mengalami kesulitan itu boleh mengemukakan permohonan rebat kepada TNB dengan rebat tersebut akan dimasukkan dalam bil elektrik pengguna.

 
WHAT does “affordable homes” mean? What determines whether a house is affordable is the income of the targeted consumers.
 
According to Khazanah Research Institute and Bank Negara Malay­sia, the signal of a well-functioning affordable home market is when the median price for the whole housing market is three times the gross annual household income.
 
Bank Negara would add that the monthly payment for the house should not be more than 30% of the income. Payments of more than 30% would be considered a burden for the consumer.
 

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sentiasa memberi penekanan kepada strategi pengurusan permintaan air yang efisien bagi memastikan usaha sekarang mampu menjamin bekalan air pada masa depan sentiasa terpelihara.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri S.K Devamany, berkata kementeriannya telah menyusun beberapa strategi yang diyakini berkesan bagi menguruskan sumber air negara secara lestari dan mampan.

KUALA LUMPUR – Seramai 845 pemegang kad kredit diisytihar muflis ekoran kegagalan mereka menjelaskan hutang setakat bulan Jun 2017.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong berkata, rata-rata mereka yang diisytihar muflis itu berusia 30 tahun ke atas.

“Jumlah itu mewakili 3.6 juta pemegang kad kredit di negara ini setakat ak­hir bulan Jun 2017,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini semalam.

Chee Cheong berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Jaspal Singh berhubung peratusan populasi rakyat di negara ini yang memiliki kad kredit serta jumlah hutang yang masih belum dijelaskan termasuk kes muflis.

Katanya, setakat Jun 2017, jumlah baki belum jelas bagi kad kredit adalah sebanyak RM36.9 bilion dan daripada jumlah itu, 7.3 peratus atau RM2.7 bilion merupakan baki melebihi tempoh tarikh bayaran

"Baki tertunggak tidak melebihi tiga bulan adalah sebanyak 6.2 peratus (2.3 billion) dan baki tertunggak melebihi tiga bulan adalah sebanyak 1.1 peratus (RM 0.4 bilion).

"Secara puratanya, 43.6 peratus daripada jumlah pemegang kad menyelesaikan hutang kad kredit mereka dengan sepenuhnya sepanjang tempoh Januari sehingga Jun 2017.

"Sebanyak 43.6 peratus lagi membayar sekurangg-kurangnya lima peratus daripada jumlah baki belum jelas dalam tempoh yang sama,"jelasnya.

Selebihnya iaitu 12.8 peratus adalah pemegang kad kredit yang tidak membayar baki belum jelas sekurang-kurangnya bayaran minimum sebelum atau pada tempoh tarikh bayaran.

Sumber :- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

 
 
Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menjalankan 40 program Kempen Kepentingan Pembetungan dalam Mewujudkan Komuniti Mesra Alam di seluruh Malaysia termasuk di Balok, Kuantan. 
 
Pada Mei 2017, WECAM telah menjalankan aktiviti pengosongan tangki septik individu (IST) di 50 buah premis di kawasan Taman Balok Makmur, Balok, Kuantan bersempena dengan Program Kesedaran Pengosongan Tangki Septik Individu Peringkat Negeri Pahang. 
 
Hal ini selaras dengan isu pencemaran Sungai Nyior yang berlaku pada awal tahun 2016 yang dikatakan berpunca daripada limpahan air kumbahan dan enapcemar daripada IST milik premis penduduk sekitar ke longkang dan seterusnya dialirkan ke dalam sungai. 
 
 
PETALING JAYA: There is a proposal for “kiddie” cigarette packs to be sold in Malaysia again. And NGOs that have gotten wind of the proposal are not happy.
 
Smaller and cheaper packs will only invite more young smokers, they say.
 
Malaysian Council for Tobacco Control (MCTC) president Dr Molly Cheah said the council made some checks about the proposal and it turned out to be true.
 
“This is absolutely shocking. Malaysia must never allow this agenda because it will make it cheap for children to use cigarettes,” she said.
 
The Control of Tobacco Product Regulations (of the Food Act 1983) was introduced in 2004 but it was two years later that the Health Ministry told cigarette companies to take packs of seven and 10 sticks off the shelves.

Kerjasama dengan penyelidik daripada Institut Sains dan Teknologi NARA (NAIST) di Jepun, penemuan yang ketara telah dicapai di dalam penyelidikan untuk membangunkan plastik mesra alam sekitar dan lestari yang dikenali sebagai PHA.


Plastik telah lama dikenalpasti sebagai bahan yang memberi kesan jangka panjang kepada alam sekitar. Plastik yang dibuang akan kekal di persekitaran untuk berdekad dan mungkin beratus tahun kerana sifatnya yang tidak terurai.


Ia mengambil masa berdekad untuk menangani cabaran ini. Walaubagaimanapun, penemuan yang diterbitkan baru-baru ini di dalam jurnal berimpak tinggi “Nature Science Reports” oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Sains Malaysia dan NAIST telah mengenalpasti mikrob yang dijumpai di kawasan setempat yang boleh menghasilkan molekul plastic. “Bioplastik ini boleh terurai dengan senang seperti bahan organik yang lain.


Mikrob ini, yang dijumpai di Telaga Tujuh, Langkawi, Kedah mempunyai enzim yang dipanggil sintes PHA, membolehkan unit kecil bahan kimianya bersama-sama membentuk rantaian molekul plastik yang sangat panjang.


Sintes PHA yang dijumpai oleh penyelidik USM mempunyai kadai aktivti yang paling tinggi berbanding dengan enzim yang sama yang dilaporkan setakat ini. Buat masa ini, beberapa makmal utama di Eropah, Amerikat Syarikat dan Jepun juga berlumba-lumba untuk mencari kefahaman yang lebih baik mengenai enzim sintes PHA.


Apabila struktur molekur telah dikenalpasti, ia boleh digunakan untuk menghasilkan bahan baru untuk plastic yang boleh terurai dan mesra alam sekitar. Bermula dengan mengenalpasti mikrob dan mengasingkan gen sintes PHA untuk menghasilkan enzim dan akhirnya menentukan struktur proteinnya, penyelidik USM akhirnya Berjaya melakukannya melalui kerjasama antarabangsa.


Berita lanjut di http://news.usm.my/index.php/english-news/5046-usm-naist-discovers-local-microbe-to-eliminate-plastic-waste

Sumber :- http://www.majalahsains.com/kerjasama-usm-naist-bangunkan-plastik-mudah-urai-dan-mesra-alam/