Maybank sedia tiga pilihan pakej bantuan
- Details
Jumaat, 7 Ogos 2020 | 12:37pm
KUALA LUMPUR: Maybank menyediakan tiga pilihan mudah untuk pelanggan memohon Pakej Bantuan Pembayaran Balik pinjaman mulai hari ini, dengan berakhirnya tempoh moratorium selama enam bulan pada 30 September ini.
Dalam satu kenyataan, bank itu berkata, pelanggan boleh memohon secara dalam talian melalui Maybank2u (untuk pelanggan individu tidak termasuk sewa beli); melalui emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (untuk pelanggan individu) atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (untuk pelanggan PKS).
Pelanggan juga boleh mengunjungi atau menghubungi mana-mana cawangan, Pusat PKS atau Pusat Pembiayaan Auto seluruh negara.
Pakej Bantuan Pembayaran Balik akan disesuaikan mengikut keperluan pelanggan dan menangani cabaran yang mereka hadapi sama ada kehilangan pekerjaan, pengurangan gaji atau gangguan dalam operasi perniagaan.
"Ini mungkin termasuk pelanjutan moratorium untuk mereka yang kehilangan pekerjaan pada 2020, penjadualan semula untuk melanjutkan tempoh kemudahan pinjaman/pembiayaan atau menyusun semula pinjaman/pembiayaan kepada struktur yang lebih sesuai dengan kemampuan pembayaran mereka," katanya.
Ambil peluang lanjutan moratorium
- Details
Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 7:00 AM
MALAYSIA tidak terkecuali dari menerima kesan penularan pandemik Covid-19. Ramai hilang sumber pendapatan dan kini masih lagi mencari pekerjaan yang menawarkan peluang yang sangat terhad.
Akibatnya ramai berdepan saat sukar dan tertekan apabila bukan sahaja untuk menyara keluarga malah perlu melunaskan pelbagai komitmen termasuk pembiayaan ansuran perumahan pada setiap bulan.
Kegagalan membayar semula ansuran perumahan boleh mendatangkan risiko termasuk rumah anda dilelong oleh pihak bank.
Kerajaan sudah mengambil pelbagai inisiatif untuk meringankan beban yang ditanggung dan yang terbaharu pelaksanaan lanjutan moratorium dan bantuan bersasar selama tiga bulan.
Ia memberi tumpuan kepada empat golongan termasuk yang hilang pekerjaan dan gaji dikurangkan bagi membantu mengurangkan beban kewangan mereka.
Stok beras negara melebihi keperluan bulanan
- Details
Khamis, 6 Ogos 2020 | 12:36pm
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi jaminan kedudukan stok beras negara mencukupi, terkawal dan konsisten sepanjang tempoh negara berdepan ancaman COVID-19.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata purata stok beras negara ketika ini adalah antara 400,000 hingga 500,000 tan setiap bulan, berbanding keperluan bulanan sebanyak 200,000 tan.
"Kita bersyukur tahap bekalan makanan negara stabil dan terkawal. Kedudukan stok beras di kilang, pemborong dan peruncit di seluruh negara ketika ini masih konsisten.
"Bekalan daging, ayam, telur ayam dan susu segar kebanyakannya dihasilkan secara tempatan dan import adalah mencukupi," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) yang meminta kerajaan menyatakan mekanisme dan langkah konstruktif bagi meningkatkan sekuriti makanan negara dalam menghadapi kejutan krisis.
Harga siling pelitup muka akan diturunkan lagi
- Details
Khamis, 6 Ogos 2020 | 10:59am
KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk menurunkan lagi paras harga siling pelitup muka tiga lapisan di bawah RM1.20 seunit.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata cadangan itu akan diputuskan dalam tempoh terdekat.
"Sebenarnya kementerian sudah mengambil langkah menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapisan daripada RM1.50 kepada RM1.20 seunit.
"Memandangkan maklum balas daripada umum dan kita sudah melakukan perbincangan, mungkin (harga siling) diturunkan lagi di bawah RM1.20," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) yang meminta kerajaan supaya menyeragamkan dan menurunkan lagi harga siling pelitup muka.
Pesara hilang RM1.84 juta ditipu Macau Scam
- Details
Khamis, 6 Ogos 2020 @ 10:28 AM
WANG simpanan sebanyak RM1.84 juta milik pesara badan berkanun berusia 76 tahun lesap selepas diperdaya sindiket Macau Scam, Jun lalu.
Malah, mangsa turut menjual barangan kemas dan meminjam daripada adik beradik, sebelum disedari ditipu.
Pada 5 Jun, mangsa dari Bukit Jambul, Pulau Pinang dihubungi suspek lelaki bernama Adam Wong, dari 'Pos Laju Kuala Lumpur' memaklumkan mangsa menghantar bungkusan dari Kepong ke Kota Kinabalu, Sabah yang mengandungi sekeping kad pengenalan warna biru dan lapan kad debit bank.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A A Anbalagan berkata, mangsa bagaimanapun menafikannya, namun suspek kononnya menasihati mangsa supaya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan akan membantu mangsa.
Katanya, tidak lama kemudian mangsa menerima panggilan dan bercakap dengan tiga suspek menyamar pegawai polis yang mendakwa mangsa terbabit dengan penggubahan wang haram bernilai RM1.48 juta.
Boleh mohon bermula esok
- Details
Khamis, 6 Ogos 2020 @ 7:10 AM
KEMENTERIAN Kewangan menggesa individu yang ingin melanjutkan moratorium untuk hadir ke bank bermula esok bagi membuat permohonan berkenaan.
Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, ini bagi mengelakkan 7.7 juta peminjam terbabit membuat permohonan saat akhir seterusnya menjadikan keadaan di bank sesak ketika pandemik Covid-19.
"Kalau 7.7 juta pemohon itu datang pada saat akhir iaitu penghujung September, kami risau dengan kemampuan bank untuk menguruskan permohonan mereka. Kami harap mereka pergi segera supaya dapat mempercepat proses ini.
"Bila tamat saja tempoh permohonan, sekiranya mereka gagal mendapat lanjutan itu ia sudah tentunya akan beri kesan yang sangat besar berbanding situasi yang mereka hadapi kini.
"Diharapkan rakyat yang layak untuk memohon lanjutan moratorium ini untuk gunakan ruang dan peluang yang diberikan oleh kerajaan.
"Kerajaan kini mendengar keluh dan kesah yang dihadapi, jadi mereka (rakyat) perlu bertanggungjawab dengan diri mereka sendiri untuk hadir ke bank.
Face mask ceiling price may go down depending on supply, says minister
- Details
Wednesday, 05 Aug 2020 10:34 PM MYT
PUTRAJAYA, Aug 5 — The ceiling price for face masks, which will be reduced to RM1.20 from RM1.50 beginning August 15, may be further lowered depending on the supply situation, said Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Alexander Nanta Linggi.
He said the price reduction was decided two weeks before the government made it mandatory for everyone to wear one from August 1 in public transportation and crowded places, apart from being a gradual step by the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs (KPDNHEP).
“KPDNHEP is monitoring supply at the production, import and retail stages for the purpose of determining the appropriate maximum price reduction based on the current market situation,” he said in a statement today.
On July 23, Nanta announced that the ceiling price for face masks would be reduced to RM1.20 from RM1.50 per unit beginning August 15 while the wholesale price for the product would also be reduced from the current RM1.45 per unit to RM1.15 from the same date.
Read more: Face mask ceiling price may go down depending on supply, says minister
'Malaysia bukan tong sampah dunia'
- Details
Rabu, 5 Ogos 2020 | 1:48pm
KUALA LUMPUR: Malaysia tegas dalam mempertahankan pendirian dan kedudukan untuk tidak menjadi 'tong sampah dunia'.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pelbagai langkah diambil merangkumi operasi penguatkuasaan dan pemantauan perkembangan terkini di pelabuhan bagi memastikan tiada pihak cuba mengambil kesempatan meninggalkan sisa buangan dan toksik ke negara ini.
"Kita mengambil serius isu ini. Kita tegaskan Malaysia tidak akan jadi tong sampah dunia dan akan bertindak tegas terhadap apa juga unsur yang cuba dibawa masuk kontena mengandungi sisa toksik atau yang tidak mematuhi peraturan seperti sisa plastik dan sebagainya.
"Kementerian ini diwujudkan pada Mac lalu, pada waktu awal penularan COVID-19 dan betul-betul pada waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
"Kita mengesan dan menghantar pulang 13 kontena mengandungi sisa toksik dan 42 kontena berisi bahan plastik ke negara asal.
Permohonan lanjutan moratorium bermula 7 Ogos
- Details
Rabu, 5 Ogos 2020 | 1:12pm
PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan menggesa individu yang ingin melanjutkan moratorium hadir ke bank untuk membuat permohonan berkenaan bermula 7 Ogos ini tidak menunggu saat akhir .
Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah, berkata ini bagi mengelakkan kesesakan di bank ketika pandemik COVID-19.
"Kalau 7.7 juta pemohon itu datang semasa saat akhir iaitu penghujung September, kita risau dengan kemampuan bank untuk menguruskan permohonan mereka. Kita harap mereka dapat pergi segera supaya dapat mempercepatkan proses ini.
"Bila tamat sahaja tempoh permohonan, sekiranya mereka gagal mendapat lanjutan itu ia sudah tentunya akan beri kesan yang sangat besar berbanding situasi yang mereka hadapi kini.
"Diharapkan mereka yang layak untuk memohon lanjutan moratorium ini menggunakan peluang yang diberikan.
Remaja 14 tahun rugi RM295,950 kena tipu
- Details
Rabu, 5 Ogos 2020 @ 11:05 AM
REMAJA lelaki berusia 14 tahun terpaksa menanggung kerugian RM295,950 selepas diperdaya sindiket Love Scam.
Kejadian bermula Februari lalu apabila remaja berkenaan berkenalan dengan gadis melalui Facebook.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, perkenalan antara mangsa dan suspek awalnya bermula dengan satu iklan penjualan telefon di Facebook dipercayai milik gadis yang menggunakan nama Dea Anis atau Anis Anis.
"Remaja itu tertarik dengan telefon yang diiklankan lalu menghubungi gadis berkenaan melalui nombor telefon yang disertakan pada iklan berkenaan.
"Bermula dari situ, terjalin hubungan antara mereka dan mangsa sering menghubungi gadis tersebut untuk berbual melalui WhatsApp dan bermain permainan video dalam talian PUBG mobile," katanya dalam kenyataan media di Kuantan, hari ini.
Page 81 of 98