resources news 2022 05 11 63109 konsumsi nasi putih bisa bikin kada kolesterol naik mitos atau fakta 220511xKUALA NERUS – Golongan peniaga makanan termasuk nasi bajet mula berkira-kira untuk menaikkan harga jualan ekoran kenaikan harga beras tempatan sejak ke­belakangan ini.

Tinjauan di beberapa gerai dan restoran di daerah ini dan Kuala Terengganu semalam mendapati ramai peniaga mengeluh dan mengakui tidak mampu lagi menanggung kos operasi yang semakin melambung.

Seorang peniaga nasi bajet yang mahu dikenali sebagai Sal, 44, tidak menolak kemungkinan terpaksa menaikkan harga jualannya pada masa terdekat.

Wanita itu mendakwa, selain beras, harga bahan mentah lain seperti bawang, ayam, ikan dan sayur juga tidak begitu stabil sejak lebih sebulan lalu.

“Sebelum ini, saya masih mampu bertahan dengan harga RM1 bagi sebekas nasi putih, manakala untuk lauk-pauk lain berasaskan sayur, ikan atau ayam pula antara RM2 sehingga RM4.

“Begitupun sejak harga beras naik selain sukar didapati, kami paling terjejas dan saya mungkin terpaksa naikkan bukan saja harga nasi putih malah lauk lain juga tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui di gerainya di Kampung Wakaf Tembesu di sini semalam.

Sal berkata, selain beras, harga sayur, bawang besar dan putih, ikan keli dan ayam juga naik pada masa ini.

Dia mengakui dalam dilema tidak mampu mempertahankan identiti sebagai penjual nasi bajet ekoran kenaikan harga beras dan bahan mentah berkenaan.

Seorang lagi, peniaga nasi berlauk, Marina Ahmad, 39, juga bercadang menaikkan harga sebekas nasi putih daripada RM1 kepada RM1.50 bermula minggu depan.