Currys says calls aren't a scam … its staff say they are! | Money | The  GuardianGEORGE TOWN – Seorang kerani wanita berusia 51 tahun terpaksa berputih mata apabila kerugian RM326,100, selepas menjadi mangsa penipuan melibatkan ‘phone scam’, baru-baru ini.

Wanita berusia 51 tahun itu telah membuat laporan polis pada Isnin lalu apabila menyedari dirinya menjadi mangsa sindiket penipuan selepas membuat transaksi berperingkat menerusi enam akaun berasingan sejak Julai hingga Ogos lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, mangsa memaklumkan dia telah menerima panggilan telefon daripada seorang suspek (suspek pertama) yang mengaku sebagai pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Suspek kemudian memberitahu mangsa terlibat dalam kes kecurian pendawaian elektrik dan pengubahan wang haram.

“Seterusnya panggilan telefon tersebut telah disambung kepada seorang individu lain (suspek kedua) yang mendakwa dia daripada satu agensi pihak berkuasa dan mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram,” katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini, hari ini.


Menurut Saravanan, mangsa seterusnya disambungkan panggilan telefon kepada suspek ketiga yang telah meminta mangsa memindahkan wang ke beberapa akaun bank tempatan berbeza bagi tujuan siasatan.

“Suspek kemudiannya memberitahu mangsa bahawa wangnya akan dikembalikan semula selepas mangsa hadir ke Mahkamah George Town pada 30 Ogos lalu.

“Mangsa merasakan telah ditipu apabila suspek sering meminda tarikh untuk dia hadir ke mahkamah dan mangsa juga turut diminta untuk membuat pindahan wang dari akuan bank luar negara sekiranya ada.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 905 kes penipuan membabitkan ‘phone scam’ dilaporkan di daerah Timur Laut sepanjang Januari hingga semalam