PELANCARAN MELALUI MEDIA SOSIAL

Link Pelancaran: https://fb.watch/bKtlFNp_8w/
Press Kit for members of Media - https://cutt.ly/3A2OHEX

HARI HAK-HAK PENGGUNA SEDUNIA, 15 MAC 2022
TEMA: KESAKSAMAAN KEWANGAN DIGITAL

Hari Hak Pengguna Sedunia disambut setiap tahun pada 15 Mac untuk meningkatkan kesedaran mengenai hak dan keperluan pengguna. Hari Hak Pengguna Sedunia telah diselaraskan oleh Consumers International dan dilancarkan pada tahun 1983, yang diiktiraf di seluruh dunia. Meraikan hari tersebut merupakan peluang untuk pengguna menuntut perlindungan dan penghormatan hak pengguna. Hari Hak Pengguna Sedunia ini merupakan momen global untuk meningkatkan kesedaran dan memacu perubahan yang bermakna dan berpanjangan mengenai cabaran mendesak yang dihadapi oleh pengguna di seluruh dunia.

Hari Hak Pengguna Sedunia bagi tahun 2022 bertemakan Fair Digital Finance yang bermaksud kesaksamaan dalam kewangan digital.

 

Meningkatkan Peranan Perkhidmatan Kewangan Digital (PKD)

Perkhidmatan kewangan digital (PKD) dan Teknologi Kewangan telah memacu perubahan ketara di seluruh dunia.

• Menjelang tahun 2024, pengguna perbankan digital dijangka melebihi 3.6 bilion.
• Di negara membangun, perkadaran pemilik akaun yang menghantar dan menerima pembayaran secara digital telah meningkat daripada 57% (tahun 2014) kepada 70% (tahun 2017)

 

Risiko PKD

Walaupun terdapat banyak faedah perkhidmatan kewangan digital, pelbagai cabaran pengguna dapat dilihat dengan jelas. PKD telah mencipta risiko baru dan juga memburukkan lagi risiko cara tradisional, antaranya ialah:
• Terma tidak dijelaskan pada jualan;
• Caj atau bayaran yang tersembunyi atau dinaikkan;
• Terma dan syarat kontrak yang tidak adil;
• Cabaran Perlindungan Data – Semakin banyak data pengguna yang dikumpul oleh penyedia PKD, semakin tinggi risiko penyalahgunaan data pengguna; dan
• Penipuan – Semua pengguna terutamanya golongan rentan yang berisiko tinggi dengan kes jenayah yang semakin meningkat seperti penipuan, pernyataan palsu, phishing dan juga mudah terpedaya dengan amalan perniagaan yang mengelirukan. Di seluruh dunia terdapat peningkatan sebanyak 149% dalam penipuan perkhidmatan kewangan digital berbanding tahun 2020

Terdapat bukti kukuh yang menunjukkan risiko ini telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan krisis seperti pandemik COVID-19 telah menggalakkan lagi risiko ini, di mana pengguna yang rentan lebih senang terdedah akibat kesempitan ekonomi.

Sifat PKD yang berkembang pesat menunjukkan keperluan untuk mengawal selia perkhidmatan dan produk PKD yang lebih inovatif dan berpusat pada perlindungan dan pemerkasaan pengguna.

 

Kesaksamaan Kewangan Digital
Ahli Pasukan Petugas Hari Hak Pengguna Sedunia, telah mentakrifkan kesaksamaan kewangan digital sebagai produk dan perkhidmatan yang inklusif, selamat dan data peribadi yang dilindungi dan persendirian.

INKLUSIF: Semua pengguna, termasuk golongan yang paling rentan, mesti diberikan kemudahan capaian, infrastruktur dan peralatan digital untuk menyokong dan mengurus kewangan mereka.

SELAMAT : Semua pengguna, termasuk golongan yang paling rentan, mesti dilindungi daripada penipuan, pernyataan palsu dan phishing.

DATA PERIBADI DILINDUNGI DAN PERSENDIRIAN: Semua pengguna, termasuk yang paling rentan, mesti mempunyai data peribadi yang dilindungi dan bersifat persendirian.

 

PENIPUAN DI MALAYSIA

Pengguna telah hilang jutaan ringgit akibat penipuan. Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, antara tahun 2019 dan 2020 pengguna telah kerugian sejumlah RM 541.8 juta disebabkan oleh penipuan.

Dengan penumpuan isu Keselamatan, sempena Hari Hak Pengguna Sedunia 2022, FOMCA akan menjalankan tiga program pemerkasaan untuk melindungi pengguna daripada penipuan. Antara program tersebut adalah:

1. FOMCA bersama Bank Negara Malaysia akan melancarkan Majalah Ringgit Digital, yang bertujuan untuk mendidik pengguna, terutamanya pengguna muda untuk mengamalkan gaya hidup mampan dan amalan pengurusan kewangan peribadi di kalangan pengguna Malaysia. Versi Digital Ringgit akan dirasmikan oleh Y Bhg Encik Abu Hassan Alshari Bin Yahaya, Assistant Governor, Bank Negara Malaysia. Majalah Ringgit Digital akan diterbitkan melalui edisi portal Digital yang boleh digunakan untuk berkongsi maklumat dengan pihak berkepentingan terutamanya pengguna. Ia akan diterbitkan setiap 2 bulan sekali. Ia juga boleh didapati di laman web FOMCA dan Bank Negara Malaysia.
Link: https://cutt.ly/kA2UtAd

2. Mewujudkan kesedaran melalui media sosial (Tiktok, Facebook dan Instagram) – FOMCA akan bekerjasama dengan influencer dalam menyampaikan mesej kesedaran mengenai penipuan. Mesej kesedaran tersebut akan menumpukan tiga kes penipuan online yang berbeza yang diterima oleh National Consumer Complaints Centre (NCCC).
Link: https://fb.watch/byMZrEe6ok/ 

3. FOMCA juga akan memuat naik program pendidikan pengguna mengenai tips perlindungan diri daripada penipuan perbankan, penipuan pelaburan serta penipuan yang lain. FOMCA akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membangunkan bahan pendidikan tersebut. Program pendidikan yang pertama mengenai Penipuan Kewangan akan dimuat naik pada 15 Mac 2022.
Link: https://fb.watch/bKsJP2tF94/

Bagi memastikan KESAKSAMAAN KEWANGAN DIGITAL untuk masyarakat pengguna, FOMCA akan terus memberikan tumpuan untuk melindungi pengguna daripada sebarang penipuan.