260415 shoppingKUALA LUMPUR: Ketika banyak pihak bimbang dengan impak konflik di Asia Barat yang belum reda, ramai dalam kalangan rakyat masih kekal tenang dan tidak panik membeli barangan keperluan.

 

Sebelum ini di media sosial, ada yang mula bersiap sedia menyimpan barangan keperluan untuk menghadapi segala kemungkinan terutama risiko kekurangan stok atau kemungkinan peningkatan harga.

 

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1533601/krisis-asia-barat-rakyat-pilih-tak-panik-dan-berjimat-elak-belanja#google_vignette

 

Bagi pekerja swasta, Nurul Adila Rosli, 27, dia tetap mengelak melakukan pembelian panik walaupun mengetahui keadaan semasa susulan tempias konflik di Asia Barat.

 

Katanya, dia masih membeli barangan keperluan dalam jumlah biasa seperti sebelum ini dan cuba mengelakkan berbelanja secara berlebihan.

 

Muka depan BH semalam melaporkan mengenai kegagalan rundingan menamatkan perang di Asia Barat antara Washington dan Tehran, kata penganalisis bukan

sekadar episod diplomatik, tetapi petunjuk bahawa konflik itu berpotensi berpanjangan dan menjejaskan ekonomi dunia dengan Malaysia dijangka tidak terkecuali merasai kesannya.

 

Justeru, kejutan harga bekalan tenaga dan tekanan kos sara hidup menuntut rakyat negara ini mengelak pembaziran serta pembelian panik yang berisiko memburukkan lagi keadaan.

 

Sementara itu, Fairulnizam Mahpoz, 52, mengakui pengalaman ketika berdepan COVID-19 sebelum ini perlu dijadikan iktibar supaya bersedia dan berjimat cermat dalam merancang perbelanjaan dengan bijak.

 

"Saya sudah pratik pembelian pukal sejak dulu lagi dan menyimpan secara berkala barangan keperluan makanan. Jadi tiada istilah 'panic buying' (pembelian panik)," katanya.

 

Suri rumah, Che Sariyati Che Murad, 40, yang turut menerima tempahan katering berkata dia tidak mengalami sebarang kesusahan setakat ini untuk mendapatkan barangan masakan.

 

"Bekalan makanan seperti beras, minyak dan bahan kering cukup saya beli macam biasa untuk satu hingga dua minggu sebagai langkah berjaga-jaga.

 

"Tak perlu ubah jumlah pembelian secara mendadak. Lebih baik bersedia secara bijak. Jika belanja berlebihan tanpa perancangan, kesudahannya boleh jadi pembaziran," katanya.

 

"Setakat ini saya masih kekal rasional dan tidak terbawa-bawa dengan situasi semasa. Membeli secara berhemah, hanya ambil keperluan penting dan mengikuti maklumat sahih daripada pihak berkuasa.

 

"Rasa bimbang berulang semula seperti kejadian COVID-19 itu ada. Tetapi, saya percaya keadaan sekarang masih terkawal dan tidak perlu terlalu risau," katanya kepada BH.