Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) akan melancarkan  album lagu dan pertandingan kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia 2011 pada 25 Januari ini.

Tahun ini merupakan tahun ke-10 FOMCA menganjurkan pertandingan kepenggunaan ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sebanyak 9 jenis pertandingan kepenggunaan diadakan, iaitu Melukis Poster, Buku Skrap, Fotografi, Menulis Esei, Kartun, Blog, “Speak Up”, Mewarna dan Anugerah Terbanyak Peringkat Sekolah.

Sehubungan itu, satu Majlis Pelancaran Album Lagu Kepenggunaan dan Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia yang diadakan seperti berikut:

Tarikh : 25 Januari 2011 (Selasa)
Tempat : Restoran Seri Melayu, No 1 Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tetamu Kehormat : Seniman Negara Datuk Dr. Ahmad Nawab