See the source imageBank Negara Malaysia hari ini mengumumkan penubuhan Khidmat Nasihat Pembiayaan (MyKNP). Inisiatif ini merupakan kerjasama antara Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), serta mendapat sokongan daripada industri kewangan.

MyKNP merupakan satu lagi usaha yang dilaksanakan secara kolektif dalam ekosistem pembiayaan yang sedia ada. MyKNP bertujuan memberikan panduan yang lebih baik kepada pemohon pembiayaan, termasuk meningkatkan kefahaman pemohon tentang faktor-faktor yang mempengaruhi permohonan pembiayaan mereka serta meningkatkan kelayakan mereka untuk mendapatkan pembiayaan pada masa hadapan.

Pemohon yang tidak berjaya mendapatkan pembiayaan PKS atau pembiayaan perumahan boleh mendapatkan khidmat nasihat dengan menghubungi sama ada MyKNP @ CGC (pembiayaan PKS) atau MyKNP @ AKPK (pembiayaan perumahan), dan mendapatkan khidmat nasihat yang berikut:

      • Penjelasan lanjut berhubung dengan sebab-sebab permohonan pembiayaan daripada institusi kewangan tidak berjaya ;
      • Khidmat nasihat untuk meningkatkan kelayakan bagi permohonan pembiayaan pada masa hadapan; dan


      • Maklumat tentang sumber pembiayaan alternatif (untuk PKS) atau penyelesaian alternatif (bagi pembeli rumah).

Khidmat nasihat yang disediakan adalah percuma.

Bagaimana MyKNP Berfungsi

Langkah 1: “Permohonan saya untuk mendapatkan pembiayaan tidak berjaya. Apa patut saya buat?”

Langkah 2: Dapatkan penjelasan mengenai permohonan yang tidak berjaya

                   - PKS dan individu boleh mendapatkan penjelasan daripada institusi kewangan

Langkah 3: Hubungi Pusat Kemudahan Pembiayaan (MyKNP)

Hubungi CGC atau AKPK untuk mendapatkan khidmat nasihat 
dan lawati laman sesawang: 
MyKNP@AKPK> 
MyKNP@CGC>

Langkah 4Dapatkan Khidmat Nasihat Khusus dari CGC atau AKPK

                  - Nasihat tentang cara meningkatkan kelayakan dan mendapatkan pembiayaan sumber alternatif kewangan

Langkah 5“Wah, sekarang saya tahu apa perlu dibuat apabila saya cuba memohon pembiayaan sekali lagi”

Sumber: www.myknp.com.my