27 Jun 2022
SHAH ALAM - Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menegaskan kerajaan sepatutnya memastikan stok penimbal bekalan sekuriti makanan negara seperti beras dan ayam, disimpan pada tahap minimum 65 peratus daripada penggunaan rakyat di sepanjang tempoh krisis.

Jelas Rafidah yang juga bekas Menteri Perusahaan Awam, langkah strategik berkenaan penting bagi memastikan rakyat ketika ini tidak terbeban dengan krisis sekuriti makanan dan masalah inflasi luar biasa disebabkan senario konflik ekonomi ‘bertindih’.

Tegasnya, pada saat negara berdepan kesan pandemik Covid-19 dan implikasi ekonomi akibat konflik Rusia-Ukraine secara serentak, masalah utama yang betul-betul harus ditangani kerajaan adalah isu sekuriti makanan, sekuriti ubat-ubatan serta peralatan perubahan untuk hospital serta klinik kerajaan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/208809/BERITA/Nasional/Stok-penimbal-makanan-perlu-minimum-65-peratus
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf