bh berita harian vector logoKhamis, 6 Ogos 2020 | 12:36pm
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi jaminan kedudukan stok beras negara mencukupi, terkawal dan konsisten sepanjang tempoh negara berdepan ancaman COVID-19.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata purata stok beras negara ketika ini adalah antara 400,000 hingga 500,000 tan setiap bulan, berbanding keperluan bulanan sebanyak 200,000 tan.

"Kita bersyukur tahap bekalan makanan negara stabil dan terkawal. Kedudukan stok beras di kilang, pemborong dan peruncit di seluruh negara ketika ini masih konsisten.

"Bekalan daging, ayam, telur ayam dan susu segar kebanyakannya dihasilkan secara tempatan dan import adalah mencukupi," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) yang meminta kerajaan menyatakan mekanisme dan langkah konstruktif bagi meningkatkan sekuriti makanan negara dalam menghadapi kejutan krisis.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/718468/stok-beras-negara-melebihi-keperluan-bulanan