bh berita harian vector logoSelasa, 21 Julai 2020 | 10:58am
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan tarif air tidak akan dinaikkan ketika rakyat masih berdepan bebanan dan tekanan hidup berikutan penularan COVID-19.

Justeru, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata rakyat tidak perlu risau berhubung perkara itu.

"Kerajaan akan menanggung kos dalam situasi susah sebab kerajaan prihatin disamping pelbagai tawaran (bantuan) yang diberi (oleh kerajaan).

"Kita jamin rakyat tidak perlu risau dalam situasi yang kritikal begini," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat) yang bertanya mengenai jaminan berkaitan kenaikan tarif air di Lembah Klang selepas kerajaan menyerahkan Loji Rawatan Air Langat 2 kepada Pengurusan Air Selangor bagi mengelakkan bebanan pengguna.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/713145/tiada-kenaikan-tarif-air-ketika-berdepan-covid-19