Untuk membantu pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah bagi membiayai pembelian rumah pertama mereka

Ciri Utama Dana BNM untuk Rumah Mampu Milik

Terma  

Ciri-Ciri

Kelayakan

 •  Warganegara Malaysia

 •  Pendapatan isi rumah bulanan maksimum sebanyak RM2,300

 •  Pekerja makan gaji atau bekerja sendiri

 •  Peminjam tunggal atau peminjam bersama

 •   Tiada rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu

Harga harta tanah

Sehingga RM150,000

Margin pembiayaan

Margin pembiayaan boleh meliputi pembayaran untuk wang pendahuluan dan jaminan gadai janji bertempoh / caruman takaful

Jenis harta tanah

Harta tanah kediaman di pasaran utama sahaja

Kadar pembiayaan  

Sehingga 3.5% setahun

Tempoh pembiayaan

Sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun, yang mana lebih rendah

Pendidikan kewangan

 •       Modul pendidikan kewangan mandatori dalam talian disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan membantu bakal peminjam memahami komitmen kewangan mereka sebelum membeli rumah.

 •       Modul itu boleh diakses daripada portal Rumahku AKPK di learn.akpk.org.my mulai 3 November 2018

Moratorium penjualan harta tanah

5 tahun

Pusat Hubungi Institusi Kewangan yang Mengambil bahagian

AmBank (M) Berhad (AmBank)

03-2178 8888 

Bank Simpanan Nasional (BSN)

1-300 88 1900

CIMB Bank Berhad (CIMB)

03-6204 7788

Malayan Banking Berhad (Maybank)

1-300 88 6688        

RHB Bank Berhad (RHB)

03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia); 

082-276118 (Sabah dan Sarawak)

Orang ramai juga boleh menghubungi BNMTELELINK  di talian 1-300-88-5465 (LINK)