PERKHIDMATAN pesanan Facebook Inc., iaitu WhatsApp secara global telah mengehadkan jumlah mesej 'forward' yang boleh dihantar oleh pengguna kepada lima orang sahaja.Langkah itu adalah usaha untuk membendung penyebaran 'maklumat salah dan khabar angin', kata eksekutif syarikat tersebut pada Isnin.

"Kami mengehadkan lima pesanan di seluruh dunia pada hari ini," kata Victoria Grand, naib presiden untuk dasar dan komunikasi di WhatsApp pada hari Isnin dalam sebuah majlis yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.Sebelum ini, pengguna WhatsApp boleh menghantar mesej 'forward' kepada 20 individu atau kumpulan.
Langkah sama mula dilaksanakan di India pada Julai tahun lalu selepas penyebaran khabar angin yang menyebabkan beberapa pembunuhan berlaku di negara itu. - Reuters

 Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/global/dunia/2019/01/21/had-mesej-whatsapp/#jWK71yweRBPgDwSS.99