PELABUHAN KLANG 17 Jan. - Sebanyak 100 kilang kitar semula sisa plastik haram di seluruh negara akan ditutup operasi sepenuhnya pada suku pertama tahun ini.Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti 97 kilang haram iaitu di Selangor (61), Johor (6), Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing 10, Perak (7), Pulau Pinang (2) dan Kelantan (1).“Kita yakin masih ada lagi kilang haram yang wujud dan beroperasi dan kita dalam proses mengesan premis tersebut. Oleh demikian, kita telah menetapkan sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Jabatan Alam sekitar untuk memerangi kilang plastik haram.“Sementara itu, daripada 48 premis yang mempunyai lesen, 20 daripadanya telah diambil tindakan berikutan gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekitar. Untuk rekod, di Selangor kita telah menutup 52 kilang iaitu Sepang (29), Klang (16), Shah Alam (2) dan Gombak (2),” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui dalam operasi penguatkuasaan bersepadu kilang kitar semula plastik di sekitar Kawasan Perindustrian Telok Gong di sini hari ini.Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim.-UTUSAN ONLINE

 Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/100-kilang-kitar-semula-sisa-plastik-haram-akan-ditutup-1.824327#ixzz5cwCnz5Lr

© Utusan Melayu (M) Bhd