NGO saran kerajaan mansuh penggunaan label beras import dan tempatanKANGAR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan agar kerajaan memansuhkan penggunaan label beras import dan beras tempatan bagi mengatasi isu tukar label kampit beras putih.

Presiden Persatuan Pengilang Beras SPB Melayu Kedah-Perlis Marzukhi Othman berkata label beras Super Spesial Tempatan (SST) dan Super Spesial Import (SSI) pada kampit beras putih membuka ruang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk memperolehi keuntungan berlipat kali ganda.
"Saya cadangkan agar kita tidak perlu lagi letak label beras SST atau SSI pada kampit beras dan hanya letak label beras putih bagi mengelak berlakunya manipulasi orang tengah.
"Ini kerana harga beras tempatan ditetapkan pada harga RM2.60 sekilogram (kg), manakala harga beras import bergantung kepada harga pasaran," katanya kepada Bernama hari ini.
Katanya pemansuhan label yang membezakan beras import dan beras tempatan juga akan memberi keadilan kepada petani, pengilang dan pengguna serta dapat mengharmonikan kembali industri.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini memberi amaran tindakan tegas terhadap peniaga yang didapati menukar bungkusan atau label beras tempatan serta menjualnya di pasaran pada harga beras import untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda, kerana ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.
Sementara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan senada dengan cadangan pemansuhan label beras import dan tempatan pada kampit beras putih bagi mengelak berlakunya penyelewengan yang hanya merugikan pengguna.
Katanya pengguna juga perlu diberi pendedahan agar dapat membuat pilihan yang tepat ketika membeli barang dan tidak mudah tertipu.
Sementara itu Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam ketika dihubungi berkata pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap 31 pemborong dan 385 premis di seluruh negara menerusi Op Jamin bagi menguat kuasa dan memantau bekalan beras di seluruh negara.
"Setakat ini KPDN menerima 14 aduan daripada orang ramai berhubungkan kekurangan beras SST di pasaran," katanya.
 

Dalam era globalisasi ini, pengguna semakin bijak dalam menguruskan penggunaan elektrik. Walau bagaimanapun, bagi meningkatkan tahap keberkesanan dan kualiti hidup, pihak kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad telah melancarkan Meter Pintar.

KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT MENGENAI SMART METER

Ringgit i5 Cover SM min

 RINGGIT EDISI DIGITAL
Bil. 6 - Disember 2022

https://rebrand.ly/Ringgit006


 DAPATKAN INFO & TIPS KEWANGAN TERKINI SECARA DIGITAL

Baca & Muat Turun edisi-edisi RINGGIT melalui link:

 Majalah Digital Ringgit 2022

MAJALAH DIGITAL RINGGIT adalah usahasama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyampaikan pendidikan kewangan kepada anda.

Ringgit akan diterbitkan 2 bulan sekali bermula pada Februari 2022.


WEB SERIES merupakan program pendidikan pengguna mengenai tips perlindungan diri daripada penipuan perbankan, penipuan pelaburan serta penipuan yang lain. FOMCA akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membangunkan bahan pendidikan tersebut.

DESKTOP LINK
https://www.facebook.com/watch/?v=675621410153639

MOBILE LINK
https://fb.watch/bKwhPhCeAk/

April 2024
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30
Feed not found.