Pengguna perlu melihat semula gaya hidup mereka dan bersedia untuk melakukan perubahan yang besar kepada gaya hidup mereka mengikui kesesuaian keadaan yang berlaku pada masa ini.

 

Banyak cabaran berbentuk  struktur yang berlaku di peringkat dunia yang memberikan kesan negatif kepada pengguna di Malaysia. Sebelum ini, isu global adalah berbentuk putaran, namun kini isu pengguna lebih berbentuk struktural, yang akan sentiasa wujud. Oleh itu, pengguna perlu melakukan perubahan gaya hidup bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan cabaran-cabaran baru ini. Berikut adalah beberapa cabaran baru dunia, iaitu:

 

  1. Peningkatan harga minyak dan gas – peningkatan ini memberi kesan kepada semua sektor ekonomi, termasuk pengeluaran makanan dan pengangkutan.
  2. Peningkatan pengambilan bijirin – khususnya berlaku di negara China dan India. Pengambilan bijrin yang meningkat ini berikutan daripada bertambah ramai golongan yang berkemampuan;.
  3. Makanan kepada bahan api bio – di kalangan negara membangun dam kian meningkat juga di negara sedang membangun, banyak bahan makanan telah digunakan untuk menghasilkan bahan api bio. Oleh itu menyebabkan kurangnya pengeluaran makanan. Makanan untuk menghasilkan bahan api api lebih tinggi harganya berbanding makanan untuk kegunaan manusia.
  4. Perubahan iklim – banyak kawasan tanah yang sebelum ini mengeluarkan bahan makanan yang melimpah ruah, kini tidak lagi mengeluarkan hasil akibat daripada perubahan iklim.
  5. Masyarakat McDonaldisasi – semakin ramai golongan muda yang mengamalkan pola pemakanan cara barat dan nilai ini menyebabkan wujudnya ramai masyarakat yang bersifat materialistik, sehingga berlaku banyak pembaziran dan masalah psiko-sosial.

 

Ringkasnya, masa bagi harga minyak yang rendah dan makanan yang murah telah berlalu.

 

Harga beras telah meningkat sebanyak 141%, manakala gandum pula 120% semenjak beberapa tahun ini. Terdapat  37 buah negara yang sedang menghadapi masalah kekurangan makanan. Selain itu, lebih daripada 100 juta orang di seluruh dunia yang berada pada paras kemiskininan jika harga makanan terus meningkat.  Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga telah menyatakan dengan jelas bahawa pengeluaran makanan hendaklah meningkat sebanyak 50% bagi memenuhi peningkatan kepada permintaan bahan makanan.

 

Bagi pengguna di Malaysia pula, kesan peningkatan ini bermaksud:

  1. Peningkatan kos hidup
  2. Kualiti hidup kian berkurangan
  3. Hutang semakin meningkat
  4. Bankrap
  5. Isu kesihatan mental
  6. Masalah jenayah semakin berleluasa

 

Perlunya perubahan minda di kalangan pengguna di Malaysia. 
Masyarakat pengguna di Malaysia perlu memberikan reaksi yang berbeza terhadap cabaran-cabaran ini berbanding pada masa lalu. Mereka perlu melihat semula gaya hidup mereka dan bersedia untuk melakukan perubahan yang besar kepada gaya hidup mereka mengikui kesesuaian keadaan yang berlaku pada masa ini.

 

Bagi menghadapi cabaran baru ini, salah daripada kekangan besar ialah minda rakyat Malaysia. Lantaran rakyat Malaysia telah terbiasa dengan kehidupan yang selesa, yang disebabkan jumlah subsidi yang besar diberikan oleh kerajaan, maka mereka terus beranggapan bahawa ini merupakan hak mereka. Oleh itu mereka terus berharap, malah mendesak agar kerajaan campur tangan bagi memastikan harga barang berada pada paras rendah.

 

Pengguna di malaysia perlu mengambil tanggungjawab dalam menghadapi cabaran ini. Mereka perlu mengubah gaya hidup berdasarkan harga pasaran sebenar. Sekiranya harga sebenar minyak adalah RM3.00 seliter, maka pengguna perlu membuat keputusan, apakah jenis kereta yang ingin mereka beli, ke mana mereka ingin pergi, berapa kerap mereka ingin pergi. gunakan pengangkutan awam dan beberapa keputusan lain yang berasaskan kepada harga sebenar. Pembuatan keputusan yang berdasarkan kepada subsidi adalah tidak mampan pada jangka panjang.

 

Begitu juga dengan makanan. Apabila harga makanan di pasaran antarabangsa meningkat, walaupun apa juga alasannya, pengguna tidak boleh menjangka kerajaan akan menyerap kenaikan harga tersebut dan mengekalkan harganya pada paras yang rendah. Ini juga tidak bersifat realistik. Pengguna perlu membuat perubahan terhadap gaya hidup mereka yang mencerminkan situasi semasa.

 

Kerajaan sudah semesti turut mempunyai tanggungjawab untuk membantu golongan yang berhadapan dengan kesulitan hidup, melalui sistem keselamatan sosial yang menyeluruh. Bagi kebanyakan pengguna, peningkatan harga barang bermakna mereka perlu memikirkan semula gaya hidup dan keutamaan hidup mereka.

 

Klik disini untuk keterangan lanjut mengenai Kempen Konsumer Kebangsaan