Federation of Malaysians Consumers AssociationsKUALA LUMPUR: Subsidi bukan bertujuan untuk memulihkan ekonomi sebaliknya untuk memastikan golongan rentan dapat menikmati kualiti hidup minimum.
 
“Apabila kita bercakap mengenai subsidi untuk membantu golongan masyarakat rentan, maka subsidi bukan bertujuan untuk memulihkan ekonomi, sebaliknya untuk memastikan masyarakat yang memerlukan mendapat kualiti hidup yang mininum.
 
“Saya rasa kebajikan masyarakat yang memerlukan bantuan secara menyeluruh adalah kurang. Bantuan yang kita berikan adalah kecil, berkala dan tidak tersusun. Ini menyebabkan ada keluarga yang tidak mendapat bantuan yang minimum seperti yang diperlukan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat terbitan Astro AWANI hari ini.
 
Paul mengakui tindakan kerajaan melaksanakan langkah penjimatan dengan menyediakan mekanisme subsidi bersasar adalah langkah yang baik, namun beliau membangkitkan mengenai ke manakah penjimatan itu akan disalurkan.
 
Beliau berpandangan penjimatan tersebut perlu disalurkan dalam bentuk subsidi, bantuan dan pemberian tunai kepada golongan paling tidak bernasib baik secara menyeluruh, iaitu ditumpukan kepada aspek perumahan, perubatan, penjagaan anak-anak dan pengangkutan.
 
“Sekarang kita sebut tentang bil elektrik, tetapi masalah mengenai kos sara hidup ialah menyeluruh. Mereka tidak mampu beli rumah.
 
Dari segi kesihatan, hospital kerajaan sudah bagus tetapi akibat tunggu terlalu lama, mereka terpaksa beralih ke hospital swasta dan tanggung kos tinggi dengan menggunakan duit poket sendiri.
 
Sama juga situasinya dengan penjagaan anak-anak yang mahal. Ini menyebabkan mereka menghadapi tekanan, memandangkan gaji tidak tinggi tetapi kos sara hidup terus meningkat,” tambahnya.

Dalam era globalisasi ini, pengguna semakin bijak dalam menguruskan penggunaan elektrik. Walau bagaimanapun, bagi meningkatkan tahap keberkesanan dan kualiti hidup, pihak kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad telah melancarkan Meter Pintar.

KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT MENGENAI SMART METER

Ringgit i5 Cover SM min

 RINGGIT EDISI DIGITAL
Bil. 6 - Disember 2022

https://rebrand.ly/Ringgit006


 DAPATKAN INFO & TIPS KEWANGAN TERKINI SECARA DIGITAL

Baca & Muat Turun edisi-edisi RINGGIT melalui link:

 Majalah Digital Ringgit 2022

MAJALAH DIGITAL RINGGIT adalah usahasama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyampaikan pendidikan kewangan kepada anda.

Ringgit akan diterbitkan 2 bulan sekali bermula pada Februari 2022.


WEB SERIES merupakan program pendidikan pengguna mengenai tips perlindungan diri daripada penipuan perbankan, penipuan pelaburan serta penipuan yang lain. FOMCA akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membangunkan bahan pendidikan tersebut.

DESKTOP LINK
https://www.facebook.com/watch/?v=675621410153639

MOBILE LINK
https://fb.watch/bKwhPhCeAk/

April 2024
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30
Feed not found.