RokokGEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) dapat disegerakan demi hak pengguna.

Pegawai Pendidikan Dan Aktivis Anti Merokok CAP, N V Subbarow berkata, pihaknya juga berharap semua ahli parlimen tidak memberikan alasan untuk tidak menyokong RUU itu.

"Kebanyakan vaper dan perokok adalah kanak-kanak berumur lapan tahun ke atas serta remaja berusia 13 tahun ke atas, malah hari demi hari semakin ramai kanak-kanak yang ketagih dengan budaya vape ini, kita sudah mempunyai tiga juta vaper, dan majoriti mereka adalah kanak-kanak dan pelajar," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Isnin lepas pembentangan rang undang-undang itu yang dikenali sebagai RUU GEG bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat ditangguhkan kepada suatu tempoh yang tidak dimaklumkan.

Undang-undang itu bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok serta produk vape kepada individu lahir selepas 2007