Rokok elektronik bukan sekadar wap air berperisa, ia mengandungi NIKOTIN yang menyebabkan ketagihan.Pendedahan nikotin kepada otak pelajar menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak.Selain itu, remaja yang telah terjerat dengan ketagihan nikotin berisiko untuk terjebak dengan ketagihan dadah lain.

.Kajian TECMA menunjukkan 300 ribu pelajar sekolah di Malaysia merupakan pengguna rokok elektronik.Penemuan ini merupakan amaran kepada kita semua khususnya kepada pemimpin masyarakat.

* Negara jiran termasuk Singapura, Brunei dan Thailand telah mengharamkan penjualan rokok elektronik di negara mereka.