- Details
- Category: PROFIL FOMCA
KUALA LUMPUR: Kebajikan golongan miskin tegar di negara ini terus menjadi keutamaan kerajaan menerusi pemberian rebat elektrik sehingga RM40 sebulan kepada golongan itu seperti pengumuman Belanjawan 2024, Jumaat lepas.
Pemberian rebat itu dilihat mampu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang tinggi ketika ini sekali gus menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib golongan miskin tegar di negara ini.
Suri rumah Diana Lokman, 40, berkata langkah kerajaan meneruskan pemberian rebat elektrik itu memperlihatkan usaha berterusan kerajaan meringankan beban rakyat terutamanya golongan susah dan bekeperluan untuk mendapat bantuan manfaat yang terus kepada golongan sasar.
"Jadi dengan pemberian rebat ini, bil bulanan yang saya perlu bayar hanya sekitar RM15 atau kurang daripada itu kerana penggunaan bulanan biasanya sekitar RM50, saya tidak gunakan penyaman udara atau penapis air elektrik dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Read more: Kebajikan golongan miskin tegar terus terbela menerusi rebat elektrik
- Details
- Category: PROFIL FOMCA
SHAH ALAM - Kaedah pembelian minyak masak peket bersubsidi menggunakan pengenalan diri (ID) khas yang bakal dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tahun depan disifatkan tidak komprehensif dan mengelirukan.
Penganalisis Ekonomi Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF), Profesor Dr Baharom Abdul Hamid menyifatkan idea tersebut menimbulkan pelbagai persoalan selain sukar untuk dilaksanakan.
“Jadi siapa nak kawal di peringkat runcit? Apa yang menghalang pembeli menjual semula pada harga yang lebih tinggi?
“Apa had kelayakan untuk penggunaan ID ini nanti. Adakah mengikut pendapatan? Sekiranya gaji suami dalam golongan berpendapatan tinggi (T20), tapi suruh isteri yang suri rumah atau anak yang beli, macam mana pula,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh memberitahu kaedah pembelian minyak masak peket kepada kumpulan sasar yang bakal dilaksanakan pada 2024 akan menggunakan mekanisme ID dan telah disahkan layak.
- Details
- Category: PROFIL FOMCA
Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.
#AnwarIbrahim
#PM10
#hakpengguna
#tanganikossarahidup
#FOMCA
- Details
- Category: PROFIL FOMCA
PETALING JAYA: Many Malaysian households are now indulging in mutton only occasionally due to the high prices these days.
“As Indians, we love mutton. But it’s costly these days, so I would buy it only once in a while,” said content manager, A. Siva, 42.
He said the price was usually about RM50 per kg, but it could go up to RM70, especially during Deepavali when the demand is high. At one point during the movement control order, he said the price even went up to RM83 per kg at a local market in his Subang Jaya neighbourhood, which he described as “shocking”.
To him, he felt that the price was rather arbitrary as the trader did not put it up on a price board. However, Siva acknowledged that prices for local mutton had always been higher than those imported from Australia or New Zealand.
“Local mutton is never frozen and there is a variation in terms of taste,” he said, adding that his family would opt for local or imported ones, depending on the need and occasion.
Homemaker Fazilah Kamal, 31, would only buy fresh mutton from the wet markets as she finds it more tender. It also takes less time to cook.
She said the average cost of lamb was around RM37 to RM40 per kg, but chops and shoulders were even more expensive as they tend to have more meat.
- Details
- Category: PROFIL FOMCA
TERBUKA UNTUK PROGRAM LATIHAN INDUSTRI/INTERNSHIP
Kami daripada Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) sedang mencari pelajar Diploma atau Ijazah Sarjana Muda (Degree) yang ingin menyertai kami sebagai pelajar internship/latihan industri sepanjang tahun 2022.
Dalam bidang :
- BUSINESS ADMIN
- BUSINESS MANAGEMENT/MARKETING
- CREATIVE MULTIMEDIA
- ACCOUNT
atau bidang-bidang yang berkaitan boleh juga cuba untuk memohon.
✅ Elaun Latihan turut disertakan.
📍 Tempat bekerja: SS1/22A, Kampung Tunku, 47300 Petaling Jaya, Selangor
📧 Sekiranya berminat, sila hantarkan resume anda ke email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 03- 7876 4648 atau whatsapp kami di talian 011- 5920 0902