KAMI MEMERLUKAN SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENANDATANGANI PETISYEN

CAMPUR TANGAN REGULATORI SEGERA TERHADAP KENAIKAN PREMIUM INSURANS DAN PENUBUHAN JAWATANKUASA KAWALSELIA BAGI SYARIKAT INSURANS DAN HOSPITAL SWASTA DI BAWAH PMO

Kepada Gabenor Bank Negara Malaysia,

Kami, rakyat Malaysia, mewakili suara pengguna yang terjejas akibat kenaikan premium insurans yang tidak wajar dan tidak dapat diterima. Kenaikan ini memberi beban besar kepada ramai pengguna, terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang kini berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Keputusan ini dibuat pada ketika industri insurans melaporkan keuntungan besar, menimbulkan persoalan sama ada kenaikan ini benar-benar diperlukan dan wajar.

Hospital swasta terus beroperasi dengan pengawasan minimum, menyebabkan kenaikan kos rawatan perubatan yang tidak terkawal. Inflasi perubatan ini memberi kesan langsung terhadap kenaikan premium insurans, dan tanpa pembaharuan sistematik, beban ini diletakkan secara tidak adil ke atas pengguna. Di samping itu, terdapat keperluan mendesak untuk mempertimbangkan pelaksanaan Insurans Kesihatan Sosial bagi meringankan kos sara hidup dan memastikan penjagaan kesihatan kekal boleh diakses dan mampu milik untuk semua. Oleh itu, kami menyeru Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengambil tindakan segera bagi melindungi kepentingan pengguna dan memastikan kenaikan premium ini adalah telus dan wajar.


KEPRIHATINAN KAMI

Kami ingin menyatakan kebimbangan kami mengenai perkara berikut:

  • Ketelusan dan Justifikasi: Pengguna tidak diberikan maklumat atau data yang mencukupi mengenai kenaikan premium ini. Tanpa ketelusan, kami tidak dapat menilai keadilan keputusan ini.

  • Kesan Terhadap Kemampuan dan Perlindungan Insurans: Kenaikan premium akan menjadikan perlindungan insurans asas tidak mampu milik bagi ramai rakyat Malaysia. Ini boleh menyebabkan ramai kehilangan perlindungan penting, terutamanya golongan rentan seperti pesara dan keluarga berpendapatan tunggal.

  • Beban Kewangan Tambahan: Kenaikan premium ini akan membebankan lagi pengguna yang sudah terhimpit oleh inflasi yang memberi kesan kepada perbelanjaan isi rumah. Kami bimbang peningkatan ini akan mengurangkan kuasa beli pengguna dan menjejaskan kestabilan kewangan ramai keluarga.

  • Pengambilan Keuntungan yang Tidak Dikawal dalam Sektor Kesihatan: Hospital swasta menyumbang secara signifikan kepada inflasi perubatan yang tidak terkawal. Industri insurans tidak seharusnya bergantung kepada kos yang melambung ini sebagai alasan untuk menaikkan premium. Tambahan pula, ganjaran mewah dan bonus besar yang diberikan oleh syarikat insurans menunjukkan bahawa kenaikan ini bukan disebabkan oleh keperluan tetapi bertujuan mengekalkan keuntungan yang besar.

  • Risiko Kejatuhan Sistem Insurans Perubatan: Jika insurans menjadi tidak mampu milik, ramai akan bergantung kepada penjagaan kesihatan awam. Ini akan membebankan sistem yang sudah sedia tegang, mengurangkan aksesibiliti dan kualiti penjagaan kesihatan di negara ini.


CADANGAN KAMI

Kami, yang menandatangani petisyen ini, mencadangkan langkah-langkah berikut kepada Bank Negara Malaysia dan pihak berkaitan:

  1. Penubuhan Jawatankuasa di Bawah PMO:
    Sebuah jawatankuasa khas di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO) perlu dibentuk, melibatkan pihak berkepentingan bebas, untuk menyiasat dakwaan inflasi perubatan yang sering digunakan oleh industri sebagai alasan kenaikan premium. Jawatankuasa ini juga perlu mempunyai kuasa untuk menyemak dan meluluskan semua kenaikan premium insurans pada masa hadapan berdasarkan justifikasi kukuh. Selain itu, jawatankuasa ini perlu diberi mandat untuk mengawal caj hospital swasta dan menyiasat tuntutan berlebihan oleh hospital atau syarikat insurans.

  2. Pelaksanaan Insurans Kesihatan Sosial:
    Sistem Insurans Kesihatan Sosial perlu diperkenalkan sebagai penyelesaian mampan untuk mengurangkan pergantungan terhadap insurans swasta dan menangani kos sara hidup. Sistem ini akan:

    • Membahagikan tanggungjawab pendanaan antara majikan, pekerja, dan subsidi kerajaan.
    • Memastikan akses yang adil kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan asas untuk semua rakyat Malaysia.
    • Memberikan kelegaan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang terkesan oleh kos perubatan yang meningkat.
  3. Ketelusan Penuh oleh Syarikat Insurans:
    Penyedia insurans mesti mendedahkan justifikasi aktuari terperinci bagi kenaikan premium. Rundingan awam perlu dijalankan bagi memastikan suara pengguna didengari.

  4. Pengawalseliaan Hospital Swasta:
    Garis panduan harga perlu dilaksanakan dalam sektor penjagaan kesihatan swasta untuk mengawal amalan inflasi dan memastikan kos adalah adil serta telus.

  5. Moratorium ke atas Kenaikan Premium:
    Perlaksanaan had sementara ke atas kenaikan premium sehingga kajian menyeluruh terhadap struktur kos insurans selesai.

  6. Kempen Kesedaran Awam:
    Melancarkan kempen untuk mendidik pengguna tentang hak mereka sebagai pengguna insurans dan memastikan mereka mempunyai maklumat mencukupi untuk membuat keputusan yang bijak.


KENAPA ANDA PERLU MENANDATANGANI PETISYEN INI

Kami percaya bahawa sistem insurans yang adil dan mampu milik adalah hak setiap rakyat Malaysia. Kami tidak boleh berdiam diri apabila industri yang sepatutnya melindungi rakyat terus mengambil keuntungan secara tidak terkawal dan membebankan pengguna. Kegagalan untuk bertindak sekarang akan menyebabkan lebih ramai rakyat kehilangan perlindungan insurans yang penting, sekali gus menjejaskan keselamatan kesihatan dan kewangan negara.

Dengan menandatangani petisyen ini, anda:

  • Menunjukkan bantahan terhadap kenaikan premium insurans yang tidak wajar.
  • Menyuarakan sokongan anda untuk ketelusan dan akauntabiliti yang lebih besar dalam industri insurans.
  • Menyokong usaha untuk mengekalkan insurans yang mampu milik dan boleh diakses untuk semua rakyat Malaysia, termasuk melalui Insurans Kesihatan Sosial.

Kami berhasrat untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya 100,000 tandatangan bagi menyampaikan mesej ini kepada Bank Negara Malaysia. Tandatangan ini akan diserahkan kepada BNM sebagai bukti sokongan awam terhadap reformasi segera dalam industri insurans.


SERTAI KAMI DALAM PERJUANGAN INI

FOMCA juga mengalu-alukan mana-mana industri atau organisasi masyarakat sivil yang ingin menyokong dan bekerjasama dalam usaha ini. Kerjasama dan tindakan kolektif amat penting untuk mencapai perubahan yang bermakna dan melindungi hak pengguna. Kami berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan memerlukan sokongan anda untuk berjaya.


SERTAI DAN TANDATANGANI SEKARANG

Marilah kita bersatu menyuarakan bantahan terhadap kenaikan premium insurans yang tidak wajar. Tandatangan anda penting untuk menunjukkan kepada Bank Negara Malaysia bahawa rakyat Malaysia menolak amalan yang menjejaskan keselamatan kewangan dan penjagaan kesihatan kita.

Tandatangani petisyen ini untuk menyokong pengguna Malaysia!

 

https://www.surveymonkey.com/r/Sign_this_petition_to_support_Malaysian_consumers


WE NEED THE SUPPORT OF MALAYSIANS TO SIGN THIS PETITION

URGENT REGULATORY INTERVENTION AGAINST INSURANCE PREMIUM INCREASES AND THE ESTABLISHMENT OF A REGULATORY COMMITTEE FOR INSURANCE COMPANIES AND PRIVATE HOSPITALS UNDER THE PMO

To the Governor of Bank Negara Malaysia,

We, the people of Malaysia, represent the voice of consumers affected by unjustified and unacceptable increases in insurance premiums. These increases place a heavy burden on many consumers, especially middle- and lower-income groups already struggling with the rising cost of living. This decision has been made at a time when the insurance industry has reported significant profits, raising questions about whether these increases are genuinely necessary and justified.

Private hospitals continue to operate with minimal oversight, leading to uncontrolled increases in medical treatment costs. This medical inflation directly impacts the rising insurance premiums, and without systematic reforms, the burden is unfairly placed on consumers. In addition, there is an urgent need to consider the introduction of Social Health Insurance to alleviate the cost of living and ensure healthcare remains accessible and affordable for all. Therefore, we call upon Bank Negara Malaysia (BNM) to take immediate action to protect the interests of consumers and ensure that these premium increases are transparent and justified.

OUR CONCERNS

We express our concerns about the following:

  • Transparency and Justification: Consumers are not provided with adequate information or data regarding these premium increases. Without transparency, we cannot assess the fairness of this decision.
  • Impact on Affordability and Insurance Coverage: The increase in premiums will make basic insurance coverage unaffordable for many Malaysians. This could lead to many losing essential coverage, especially vulnerable groups such as retirees and single-income families.
  • Additional Financial Burden: These premium increases will further burden consumers already strained by inflation impacting household expenses. We are concerned that this increase will reduce consumers' purchasing power and jeopardize the financial stability of many families.
  • Uncontrolled Profit-Taking in the Healthcare Sector: Private hospitals contribute significantly to uncontrolled medical inflation. The insurance industry should not rely on these inflated costs as a reason for raising premiums. Furthermore, extravagant rewards and large bonuses given by insurance companies indicate that these increases are not driven by necessity but rather by the intent to maintain significant profits.
  • Risk of Collapse of the Medical Insurance System: If insurance becomes unaffordable, many will depend on public healthcare. This will strain an already overwhelmed system, reducing accessibility and quality of healthcare in the country.

OUR PROPOSALS

We, the signatories of this petition, propose the following measures to Bank Negara Malaysia and related authorities:

  1. Establishment of a Committee Under the PMO:
    A special committee under the Prime Minister’s Office (PMO) should be formed, involving independent stakeholders, to investigate claims of medical inflation often cited by the industry as a reason for premium increases. This committee must also have the authority to review and approve all future medical insurance premium increases based on solid justification. Furthermore, this committee should be mandated to regulate private hospital charges and investigate overclaims made by hospitals or insurance companies. The committee must also investigate the root causes of medical inflation and pricing practices within the insurance industry independently, involving stakeholders such as BNM, consumer advocacy groups, healthcare professionals, and economists.
  2. Introduction of Social Health Insurance (Insurans Kesihatan Sosial):
    A Social Health Insurance system should be introduced as a sustainable solution to reduce dependency on private insurance and address the cost of living. This system would:
    • Share funding responsibilities among employers, employees, and government subsidies.
    • Ensure equitable access to essential healthcare services for all Malaysians.
    • Provide financial relief to middle- and lower-income groups burdened by rising medical costs.
  3. Full Transparency by Insurance Companies:
    Insurance providers must disclose detailed actuarial justifications for premium increases. Public consultations must be conducted to ensure that consumer voices are heard.
  4. Regulation of Private Hospitals:
    Implement pricing guidelines for services in private healthcare to curb inflationary practices and ensure costs are fair and transparent.
  5. Introduce a Moratorium on Premium Increases:
    Implement a freeze on premium increases until a comprehensive review of insurance cost structures is completed.
  6. Public Awareness Campaign:
    Launch a campaign to educate the public about their rights as insurance consumers and ensure they have sufficient information to make informed decisions.

WHY YOU SHOULD SIGN THIS PETITION

We believe that a fair and affordable insurance system is the right of every Malaysian. We cannot remain silent when an industry that is supposed to protect the people continues to take uncontrolled profits and burden consumers. Failure to act now will lead to more Malaysians losing essential insurance coverage, jeopardizing national health and financial security.

By signing this petition, you:

  • Show your opposition to unjustified insurance premium increases.
  • Express your support for greater transparency and accountability within the insurance industry.
  • Support efforts to maintain affordable and accessible insurance for all Malaysians, including through Social Health Insurance.

We aim to collect at least 100,000 signatures to deliver this message to Bank Negara Malaysia. These signatures will be submitted to BNM alongside this petition as evidence of public support for urgent reforms in the insurance industry.

JOIN US IN THIS FIGHT

FOMCA also welcomes any industry or civil society organizations willing to support and collaborate in this effort. Cooperation and collective action are essential to achieving meaningful change and protecting consumer rights. We fight for all Malaysians and need your support to succeed.

JOIN AND SIGN NOW

Let us unite to voice our opposition to unjustified insurance premium increases. Your signature is crucial to show Bank Negara Malaysia that Malaysians reject practices that jeopardize our financial security and healthcare.

Sign this petition to support Malaysian consumers!