Print
Category: CONSUMER DIGEST

bh berita harian vector logoRabu, 12 Ogos 2020 | 12:24pm
KUALA LUMPUR: Institusi perbankan komited untuk memberikan keanjalan pembayaran balik kepada individu lain yang tidak tergolong dalam penerima moratorium bersasar dan semua peminjam perindustrian kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri, berkata keanjalan yang ditawarkan sesebuah bank akan mengambil kira keadaan spesifik setiap peminjam.

"Tawaran ini termasuk membenarkan peminjam membayar bahagian faedah saja bagi sesuatu pinjaman dalam tempoh tertentu.

"Selain itu, memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan ansuran bulanan atau memberikan fleksibiliti lain sehingga kedudukan peminjam lebih stabil bagi menyambung pembayaran balik baki pinjaman," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) yang bertanya mengenai pelan tindakan untuk membantu individu yang berdepan masalah kewangan dan pembayaran hutang akibat pandemik COVID-19, khususnya selepas tamat tempoh moratorium pada September ini bagi mengelakkan berlakunya peningkatan bilangan individu muflis.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/720384/bantuan-untuk-bukan-golongan-mendapat-moratorium-bersasar