Home Sejarah HPM Hari Pengguna 2008
Hari Pengguna 2008 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 04 January 2010 10:06

Pertandingan Kepenggunaan Hari Pengguna Malaysia merupakan program tahunan dan tahun 2008 merupakan tahun ke-7 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP). Pertandingan ini bermula sejak tahun 2002 sehingga kini semakin mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat umur terutama kanak- kanak dan pelajar sekolah. Program yang berlangsung selama tiga bulan, iaitu dari 6  Mei 2008 hingga 18 Julai 2008 (tarikh tutup pertandingan) telah mempertandingkan  sembilan kategori pertandingan iaitu :

  1. Pertandingan Mengarang Esei 4 bahasa untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan awam.
  2. Pertandingan Mengarang Esei 2 bahasa untuk guru dan pensyarah.
  3. Pertandingan Melukis Poster untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
    Pertandingan Melukis Kartun untuk amatur
  4. Pertandingan Fotografi untuk amatur
  5. Pertandingan Filem Pendek untuk orang awam
  6. Pertandingan Buku Skrap dan Folio untuk Kelab Pengguna Sekolah
  7. Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah rendah.
  8. Pertandingan Debat Kepenggunaan antara IPTA/S dan Institut Perguruan

Tujuan utama penganjuran adalah untuk memupuk kesedaran kepenggunaan dan merealisasikan pendedahan ini yang diperolehi dalam kehidupan seharian. FOMCA berpendapat, pendidikan kepenggunaan harus meliputi semua lapisan masyarakat. Justeru itu, pertandingan ini memberi peluang serta menyedarkan hak-hak dan tanggungjawab pengguna sebagai seorang individu atau pengguna yang dapat bertindak bijak dalam komuniti. Pendekatan program ini juga dapat mengenalpasti tahap pengetahuan dan kesedaran masyarakat pengguna tentang isu-isu kepenggunaan di Malaysia berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan. Kesedaran dan pendidikan kepenggunaan merupakan hak pengguna yang paling penting. Ia bukan sahaja dapat membantu pengguna memahami hak-hak mereka malah juga satu cara terbaik dalam mendorong pengguna menukar gaya hidup serta cara perbelanjaan mereka selari dengan matlamat pembangunan lestari dan pengguna bijak.


Di sepanjang aktiviti promosi, FOMCA berjaya memperluaskan pertandingan pendidikan kepenggunaan dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti ceramah, kuiz, pameran dan pertandingan mewarna kanak-kanak di 12 buah negeri kecuali Sabah dan Sarawak. Pertandingan mewarna dengan kerjasama Pasar Raya Giant mendapat penyertaan seramai 3,461 orang di 18 lokasi.Manakala, jumlah penyertaan bagi aktiviti ceramah, kuiz dan pameran di sekolah sebanyak 60 buah sekolah dengan 9,701 penyertaan.  Aktiviti ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pejabat Pendidikan Negeri serta Daerah.

 

Secara keseluruhannya, jumlah penyertaan yang diterima sehingga hari ini berjumlah 18,249 penyertaan berbanding pada tahun lalu sebanyak 16,160 penyertaan. FOMCA mengucapkan jutaan terima kasih kepada  Tenaga Nasional Berhad, Pasar Raya Giant , TM , dan Astro selaku penaja utama. Penghargaan juga untuk Rakan kerjasama Kempen Konsumer Kebangsaan iaitu Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Majlis Belia Malaysia dan CUEPACS. Tidak lupa juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Jabatan Standard Malaysia, Persatuan Pengguna Standard Malaysia, ERA Consumer Malaysia dan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) serta pihak media-media yang lain yang memberi sokongan kepada kami. Terima kasih juga kepada penaja minuman Tropicana Twister dari PERMANIS Sandilands Sdn Bhd dan Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd yang telah menaja roti twiggies sepanjang program ’outreach’ Pertandingan Kepenggunaan HPM 2008. Tanpa kerjasama semua pihak, program yang diadakan ini tidak akan berjaya sepertimana yang diharapkan.

Last Updated on Monday, 04 January 2010 10:08