| Hari Pengguna 2007 |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Friday, 27 February 2009 12:21 |
|
Program Hari Pengguna Malaysia pada 2007, merupakan tahun ke 6 menganjurkan pelbagai pertandingan kepenggunaan bagi meningkatkan lagi tahap kesedaran pengguna-pengguna di Malaysia. Pertandingan ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pada tahun ini, statistic menunjukkan peningkatan dalam semua pertandingan yang dianjurkan.
![]() 9 pertandingan yang dianjurkan adalah :-
Penganjuran aktiviti (rujuk jenis pertandingan 1 hingga 7) berlangsung selama 4 bulan bermula dari 5 April 2007 hingga 16 Julai 2007 (tarikh tutup pertandingan) bagi memberi peluang kepada peserta menyiapkan hasil karya masing- masing. Topik pertandingan adalah merangkumi isu keselamatan barangan dan perkhidmatan, kesihatan, keselamatan makanan, penjimatan air, pemeliharaan alam sekitar, penggunaan tenaga secara bijak, telekomunikasi, kemudahan awam bagi OKU, pemanasan global, penggunaan ubat-ubatan, undang-undang perlindungan pengguna dan isu-isu berkaitan kepenggunaan.
Ini dicapai dengan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan dengan giat dengan kerjasama media cetak dan elektronik seperti Utusan Malaysia, Sin Chew Daily, Tamil Nesan, Astro dan RTM. Edaran poster dan risalah pertandingan dihantar ke semua sekolah rendah dan menengah Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat juga diedarkan kepada agensi-agensi kerajaan, badan-badan NGO, universiti tempatan, perpustakaan dan tempat-tempat awam bagi menarik perhatian masyarakat.
Promosi dan ceramah juga turut diadakan 79 buah sekolah melibatkan negeri Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Perak. Untuk ulung kalinya FOMCA mengadakan pertandingan mewarna dengan kerjasama Pasar Raya GIANT di negeri Perak, P.Pinang, Johor dan Selangor dan mendapat sambutan di luar jangkaan seramai 1,380 penyertaan daripada pelajar sekolah rendah. Pertandingan mewarna peringkat akhir pula diadakan di Kompleks Sukan TNB dengan jumlah penyertaan seramai 710 peserta. FOMCA telah menerima sebanyak 7,620 penyertaan pada tahun ke-6 program ini di anjurkan.
Pertandingan debat kepenggunaan antara IPTA/Swasta dan Institusi Perguruan kali ke-3 diadakan 23 – 26 Jun di UNITEN, Kajang dengan bertemakan “ Tanggungjawab Sosial”. Tanggungjawab sosial adalah merupakan elemen penting pada masa kini kerana banyak isu kebajikan masyarakat yang terjejas dan masalah alam sekitar yang semakin serius. Sebanyak 22 usul digariskan kepada peserta yang merangkumi aspek tanggungjawab sosial korporat memberi kesan kepada pengguna, kepada alam sekitar, kesan kepada ekonomi, pembangunan teknologi dan negara. Penyertaan diterima daripada 32 institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.
Sesi penghakiman bagi 6 pertandingan telah diadakan selama 2 minggu bermula dari 24 Julai - 2 Ogos 2007. Hakim jemputan terdiri daripada KPDN & HEP, FOMCA, KPM, DSM, DBP, IBMM, NCWO, ASFON, media rasmi, UPM, UiTM, UTAR, syarikat penaja, Balai Seni Lukis Negara dan ‘freelance’. Bagi pertandingan debat kepenggunaan peringkat akhir, hakim adalah terdiri daripada wakil-wakil FOMCA, MADUM, DSM, KPDN & HEP, UNITEN dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Majlis Penangguhan dan Penyampaian Hadiah telah diadakan di Kompleks Sukan TNB, Bangsar pada 11 Ogos 2007 adalah merupakan acara kemuncak program ini. Pelbagai aktiviti dijalankan di sepanjang hari termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran daripada agensi kerajaan dan syarikat penaja, demonstrasi daripada unit badan beruniform dan hiburan untuk kanak-kanak. Tetamu yang hadir sebahagian besarnya terdiri daripada kanak-kanak, pelajar, ibu bapa, mahasiswa IPT, syarikat korporat, agensi kerajaan dan orang awam. Jumlah tetamu yang hadir pada majlis ini dianggarkan seramai 2,000 orang.
Saban tahun aktiviti ini sering mempertingkatkan kumpulan sasaran bagi menyebarluaskan pendidikan pengguna hingga ke peringkat luar bandar. Pihak media sering memberi sokongan untuk menjayakan dan dibantu oleh jalinan kerjasama baik dengan syarikat korporat, kementerian lain, agensi kerajaan, IPT, NGO dan orang perseorangan. Program ini akan terus kekal di minda masyarakat sekiranya mendapat penyertaan dan kerjasama yang lebih daripada masyarakat umum dan media elektronik secara bersepadu.
Bersempena dengan tema Sambutan Hari Pengguna Malaysia 2007 “Pengguna Bijak Menjana Ekonomi Negara”. Tema ini sejajar dengan perkembangan era globalisasi yang semakin pesat, konsep Pengguna Bijak yang diwujudkan bagi melahirkan masyarakat pengguna yang bermaklumat, proaktif, progresif dan bertanggungjawab. Ini bersesuaian dengan konteks kepenggunaan yang mengambarkan pengguna-pengguna sebagai seorang yang berani menyuarakan, menggunakan dan mempertahankan hak-hak mereka serta kuasa mereka sebagai pengguna. Pihak Kerajaan berharap untuk melihat masyarakat pengguna di Malaysia pada hari ini mampu untuk membuat pilihan, membuat keputusan yang tepat dan berbelanja secara berhemah. Jika perkara ini tercapai, secara tidak langsung akan memberi kesan yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
FOMCA mensasarkan beberapa objektif dalam penganjuran program pada kali ini. Antara objektif program ialah:-
Aktiviti tahun ini mendapat sambutan menggalakkan dan di luar jangkaan terutama semasa promosi aktiviti dengan kerjasama Pasar Raya GIANT. Kerjasama penyediaan tempat pertandingan debat dan majlis penangguhan HPM 2007 juga mendapat sokongan padu daripada warga TNB dan UNITEN. Keadaan ini menunjukkan pengguna luar bandar di negeri-negeri lain berminat untuk mengambil tahu perkembangan semasa serta aktif menyertai aktiviti yang melibatkan pendidikan. Penganjuran ceramah juga dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar serta guru terhadap konsep asas kepenggunaan. Aktiviti seumpama ini dapat memberi kesan secara terus di samping mengadakan sesi soal jawab serta kuiz berkaitan mampu meningkatkan pengetahuan pelajar. Peningkatan yang amat ketara dari segi penyertaan berbanding tahun-tahun yang lalu. Ini kerana aktiviti promosi giat dilakukan dan tidak tertumpu di sekolah Selangor dan Kuala Lumpur sahaja malahan ke sekolah negeri-negeri lain seperti Melaka, Perak, Kelantan, Sabah dan Penang.
Agensi yang bekerjasama dengan FOMCA turut membantu mempromosikan web www.mypengguna.com menerusi rangkaian web di agensi mereka. Pihak KPDNHEP juga membantu mempromosikan laman web ini melalui laman web rasmi kementerian. Astro juga memaparkan iklan pertandingan di saluran RIA dan rangkaian radio di bawah Astro. Manakala RTM, bekerjasama membuat liputan di sepanjang pertandingan akhir debat berlangsung. Pihak Utusan Malaysia, Sin Chew Daily dan Tamil Nesan bekerjasama memberikan ruang iklan dan membuat liputan di sepanjang 5 bulan aktiviti ini dijalankan.
Masyarakat pengguna menyokong penuh aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak FOMCA dan memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Kerjasama daripada agensi jabatan kerajaan, syarikat korporat, NGO, guru-guru, pelajar dan orang perseorangan amat membanggakan.
FOMCA selaku penganjur program ini berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP) sebagai penganjur bersama dalam program ini. Jutaan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat dalam mempromosikan aktiviti hingga ke akar umbi. Penghargaan juga buat penaja utama kepada Tenaga Nasional Berhad, GIANT, Telekom Malaysia (TM), BERNAS dan ASTRO.
Logo penaja juga turut disiarkan di semua aktiviti promosi di sepanjang program ini diadakan. Pihak media Utusan Malaysia, Sin Chew Daily dan Tamil Nesan juga bekerjasama sebagai akhbar rasmi. Sebagai menghargai kerjasama yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung, penganjur menyertakan Persembahan Multimedia Pertandingan Kepenggunaan Hari Pengguna Malaysia 2007. |






