| Hari Pengguna 2006 |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Friday, 27 February 2009 12:30 |
|
Pada 26 Julai setiap tahun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan Hari Pengguna Malaysia bersempena dengan pembentangan Akta Pelindungan Pengguna pada 26 Julai 1999. Acara sambutan ini telah dijalankan mulia 26 Julai hingga 1 Ogos setiap tahun. ![]() Sebagaimana pada tahun lalu KPDNHEP dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan merancang beberapa program sempena sambutan Hari Pengguna Malaysia.
Tema hari pengguna pada tahun 2006 ialah "Pengguna Perkasa Negara Sejahtera". Ini bertepatan dengan perkembangan era globalisasi, konsep memperkasakan pengguna merupakan satu agenda yang harus diberi keutamaan dan perhatian. Istilah Perkasa dimaksudkan sebagai gagah berani, berkuasa dan hebat. Sejahtera pula didefinisikan sebagai aman dan makmur, senang serta selamat. Disesuaikan dengan konteks kepenggunaan, pengguna yang berani menggunakan dan mempertahankan hak serta kuasanya sebagai pengguna akan menyumbang kepada wujudnya masyarakat yang berinisiatif dan berdikari dalam melindungi dirinya daripada amalan perniagaan yang tidak beretika.
Pada tahun 2006 KPDNHEP dengan kerjasama FOMCA telah menganjurkan tujuh pertandingan kepenggunaan. Pertandingan tersebut ialah:
Pertandingan ini berlangsung selama empat bulan, iaitu bermula pada 15 Mac 2006 sehingga 30 Jun 2006. Hadiah keseluruhan bernilai RM 120,000 berupa wang tunai. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi makluman mengenai Sambutan Hari Pengguna Malaysia yang disambut pada 26 Julai setiap tahun. Lebih daripada itu, program ini juga melibatkan anggota masyarakat daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta dalam menjayakan program Hari Pengguna Malaysia ini.
Pada tahun ini penganjur telah menerima 17,000 jumlah penyertaan berbanding pada tahun lepas hanya 15,000 penyertaan. Melalui program seumpama ini, pihak penganjur berpendapat pendidikan kepenggunaan semakin mendapat perhatian di mata umum. Ini kerana berdasarkan penyertaan para pelajar melibatkan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia, IPTA, IPTS, Jabatan Kerajaan secara menyeluruh di sekitar kawasan Bandar dan Luar bandar. Namun demikian, tahap pemikiran para pelajar mahupun orang awam terhadap isu-isu kepenggunaan yang global masih rendah. Hal ini jelas dilihat melalui hasil penulisan esei para peserta. Penyenaraian topik atau tajuk mengambilkira isu-isu terkini seperti cara hidup sihat di kalangan kanak-kanak, penjimatan tenaga di rumah, penggunaan telefon bimbit di sekolah, etika penggunaan internet di kalangan remaja, budaya kredit di kalangan rakyat Malaysia dan sebagainya.
Melalui program ini penganjur mengharapkan kesedaran dan penglibatan masyarakat pengguna supaya menyedari akan hak-hak mereka dan dapat mempraktiskannya secara berhemah. Dengan adanya kesedaran ini, dapat merealisasikan hasrat negara untuk menjadikan masyarakat pengguna bijak dalam segala aspek dan secara tidak langsung dapat mewujudkan peniaga beretika. Keadaan ini akan membentuk sebuah negara yang makmur dan sejahtera.
Selain itu juga, objektif sambutan ini lebih memaparkan tanggungjawab kerajaan dan kementerian di dalam program pendidikan dan perlindungan pengguna. Persefahaman dan kerjasama yang erat antara pengguna, peniaga, kerajaan dan media massa di dalam aspek konsumerisme yang boleh membantu negara mencapai wawasan 2020
MAJLIS PELANCARAN PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2006
Pada 16 Mac 2006 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah mengadakan Majlis Pelancaran Pertandingan Kepenggunaan bersempena Hari Pengguna Malaysia 2006 dan Sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' S. Veerasingam, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Turut hadir pada hari itu Encik Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA, Tuan Haji Mohamed Nor bin Haji Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Konsumerisme dan Pengurusan) KPDN&HEP, Encik Isamil bin Jantan, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pengguna,KPDN&HEP dan Cik Indrani Thuraisingham, Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA.
Program ini mendapat tajaan utama daripada Giant . Manakala, penaja bersama pula ialah TM, Tenaga Nasional Berhad, Petronas dan Bernas. Bagi media pula, Utusan Malaysia, Sin Chew Daily dan Tamil Nesan sekali lagi telah memberi bekerjasama sebagai Akhbar Rasmi di sepanjang program ini berlangsung. Ai FM pula sebagai radio rasmi sepanjang program kepenggunaan tersebut
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kepenggunaan bagi tahun 2006 telah diadakan pada 29 Julai 2006, pukul 2.30 petang bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka. Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' S. Veerasingam, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Turut hadir bersama ialah Y. Bhg Dato' Dr Firdaus B. Haji Abdullah, Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Presiden FOMCA Encik Marimuthu Nadason, Tuan Hj Amir Nordin bin Abdul Aziz, Pengurus Besar Negeri Selangor Tenaga Nasional Berhad, Encik Mohamad Firdaus Low Abdullah, Pengurus Kumpulan Komunikasi Korporat. Seramai 558 tetamu telah hadir pada majlis ini, rata-rata mereka ini terdiri daripada para pemenang, ibu bapa atau penjaga, guru-guru, para pensyarah, jabatan kerajaan, badan-badan korporat dan kanak-kanak sekolah di seluruh Malaysia.
Antara pemenang pertandingan yang menerima hadiah pada hari tersebut adalah terdiri daripada pemenang untuk pertandingan ialah
Program Hari Pengguna Malaysia 2006 mendapat kerjasama dari pelbagai pihak seperti Utusan Malaysia, Sin Chew Daily dan Tamil Nesan sebagai Akhbar Rasmi. Penganjur turut mendapat kerjasama dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Penganjur Bersama. Manakala, Penaja Bersama untuk keseluruhan program Hari Pengguna Malaysia 2006 ialah Giant, TM Berhad dan Tenaga Nasional Berhad. Di samping itu, penaja-penaja lain adalah terdiri daripada Amway, Indah Water, Maybank, Carrefour, Pos Malaysia, Eon Bank Group, The Legend Hotel, CNI, Metrojaya, GlaxoSmithKline, Air Asia, F&N dan Sunway. Penganjur juga menerima sumbangan hamper dari pihak SIRIM Berhad. |







