|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia telah melancarkan Pra Program Hari Pengguna Malaysia di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.  Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Shafie Hj Apdal, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Antara tetamu yang turut hadir bersama ialah YB Dato' S. Veerasingam, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Y.Bhg Datuk Seri Talaat, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Puan Mariam Bevi Batcha, Pengurus Besar Komunikasi Korporat, TM Berhad dan Tuan Hj Mohd Johari Abdul Aziz, Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) Tenaga Nasional Berhad.
Majlis ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kakitangan-kakitangan Kementerian sendiri, jabatan kerajaan, syarikat korporat, warga pendidik terdiri daripada guru-guru sekolah, golongan akademia, pertubuhan bukan kerajaan, ahli gabungan FOMCA, para media dan orang perseorangan.
Program yang ini dikendalikan sepenuhnya oleh FOMCA selaku Penganjur Program Hari Pengguna Malaysia 2005. Oleh kerana, keseluruhan Pertandingan Kepenggunaan ini bersifat akademik dan melibatkan majoriti golongan pelajar sekolah, maka penganjur mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis pelancaran lebih awal berbanding pada tahun sebelumnya. Cara ini dapat memberi peluang kepada peserta menyiapkan hasil karya dan penyertaan pertandingan mereka dengan lebih bersedia dan terancang. Program ini mendapat kerjasama dari TM Berhad dan Tenaga Nasional Berhad. Manakala sebagai Penaja Bersama. Manakala, Institut Bahasa Melayu Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia dan SIRIM Berhad selaku Penganjur Bersama. Bagi media pula, Utusan Malaysia, Sin Chew Daily dan Tamil Nesan telah memberi bekerjasama sebagai Akhbar Rasmi di sepanjang program ini berlangsung.
FOMCA dengan KPDN & HEP mengambil inisiatif bersempena dengan Sambutan Hari Pengguna Malaysia dengan menganjurkan beberapa program Pertandingan Kepenggunaan seperti berikut:-
Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan bagi golongan dewasa Pertandingan Folio atau " Scrap Book" Kepenggunaan untuk Kelab Pengguna Sekolah Pertandingan Melukis Poster Kepenggunaan bagi golongan pelajar sekolah Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan bagi golongan pelajar sekolah dan dewasa Pertandingan Mewarna Kepenggunaan bagi kanak-kanak dan pelajar sekolah. Pertandingan Perbahasan Kepenggunaan antara IPTA/Swasta dan Maktab.
Pertandingan Kepenggunaan ini telah berlangsung selama 5 bulan bermula dari 15 Mac sehingga 13 Ogos 2005. Hadiah keseluruhan bernilai RM 150,000 berupa wang tunai.
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kepenggunaan diadakan pada 13 Ogos 2005, pukul 2.30 petang bertempat di Dewan Serbaguna, SIRIM Berhad. Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato' S. Veerasingam, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Turut hadir bersama ialah Presiden FOMCA Encik Marimuthu Nadason, Y.Bhg Dato' Dr Mohd Ariffin Hj Aton, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Berhad, Tuan Hj Amir Nordin bin Abdul Aziz, Pengurus Besar Negeri Selangor Tenaga Nasional Berhad, Encik Mohamad Firdaus Low Abdullah, Pengurus Kumpulan Komunikasi Korporat. Seramai 558 tetamu telah hadir pada majlis ini, rata-rata mereka ini terdiri daripada para pemenang, ibu bapa atau penjaga, guru-guru, para pensyarah, jabatan kerajaan, badan-badan korporat dan kanak-kanak sekolah di seluruh Malaysia.
Antara pemenang pertandingan yang menerima hadiah pada hari tersebut adalah terdiri daripada pemenang untuk pertandingan ialah a) Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan untuk golongan kanak-kanak, pelajar IPT dan golongan Dewasa b) Pertandingan Melukis Poster Kepenggunaan untuk Kanak-kanak sekolah rendah dan menengah c) Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan untuk golongan Dewasa d) Pertandingan Folio atau "Scrap Book" untuk Kelab Pengguna Sekolah e) Pertandingan Mewarna Kepenggunaan untuk kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah f) Pertandingan Perbahasan Kepenggunaan Ala Parlimen antara IPTA/Swasta dan Maktab. Pihak penganjur menawarkan hadiah berjumlah RM 150,000 hadiah wang tunai bagi keseluruhan pertandingan ini.
Pada tahun ini penganjur telah menerima 15,000 jumlah penyertaan berbanding pada tahun lepas hanya 10,000 penyertaan. Melalui program seumpama ini, pihak penganjur berpendapat pendidikan kepenggunaan semakin mendapat perhatian di mata umum. Ini kerana berdasarkan penyertaan para pelajar melibatkan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia, IPTA, IPTS, Jabatan Kerajaan secara menyeluruh di sekitar kawasan Bandar dan Luar bandar. Namun demikian, tahap pemikiran para pelajar mahupun orang awam terhadap isu-isu kepenggunaan yang global masih rendah. Hal ini jelas dilihat melalui hasil penulisan esei para peserta. Penyenaraian topik atau tajuk mengambilkira isu-isu terkini seperti impak pemanasan global, budaya kredit, hak cipta intelek, pengguna bestari, pelabelan barangan, kesan subsidi minyak diesel, isu makanan ubahsuai genetik, pasaraya hiper dan berbagai lagi.
|