| Hari Pengguna 2004 |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Friday, 27 February 2009 12:15 |
|
Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) telah menganjurkan program-program bersempena Hari Pengguna Malaysia 2004 yang bertemakan " Penguna Berhemah, Peniaga Beretika: Asas Kemakmuran Negara ". Pada tahun ini, pihak Sekretariat telah menganjurkan beberapa program antaranya ialah 1) Pertandingan Mewarna Kepenggunaan 2) Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan 3) Pertandingan Melukis Poster Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan dan 4) Pertandingan Pidato Kepenggunaan Peringkat IPTA dan Swasta. Program ini telah berlangsung selama hampir 3 bulan bermula pada 11 Mei hingga 7 Ogos 2004. Program ini merupakan program tahunan FOMCA dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan pada tahun ini adalah merupakan kali ke-3 program ini dianjurkan. ![]() Pada 11 Mei 2004 bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Hari Pengguna Malaysia 2004. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk S. Veerasingam, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Turut hadir pada hari itu ialah Y.Bhg Prof Dato' Mohd Hamdan bin Hj Adnan, Presiden FOMCA, Sdra Marimuthu Nadason, Setiausaha Agung FOMCA dan Tuan Hj Wan Mansoor Wan Omar, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Seramai 85 orang telah hadir yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat korporat, Institut-institut Pengajian Tingi, guru-guru kelab pengguna sekolah, ahli gabungan FOMCA, para media dan orang perseorangan. Poster dan phamplet program Hari Pengguna Malaysia telah diedarkan kepada semua hadirin yang hadir. Pihak Sekretariat mendapat kerjasama dari TELEKOM Berhad sebagai Penaja Utama dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd sebagai Penaja Bersama. Disamping itu, Sin Chew Daily dan Malaysian Nanban turut memberi kerjasama sebagai Akhbar Rasmi di sepanjang program ini berlangsung.
Walaupun penyertaan dan penglibatan pada tahun ini kurang mendapat sambutan, namun ia amat membanggakan pihak Sekretariat kerana keseluruhan jumlah penyertaan yang terkumpul bagi Pertandingan Mengarang Esei dan Melukis Poster adalah sebanyak 6,000 lebih. Jika diambil kira penyertaan dan penglibatan bagi ke empat-empat program ini adalah dianggarkan sebanyak 8,000 lebih. Ia termasuk anjuran Pertandingan Saringan Pidato Kepenggunaan yang telah melibatkan seluruh Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh negeri.
Acara kemuncak program Hari Pengguna Malaysia 2004 berakhir dengan Majlis Penyampaian Hadiah yang turut diadakan pada 7 Ogos 2004 di Dewan Sirim Berhad oleh YB Datuk S. Veerasingham, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia.
Pemenang bagi keempat-empat pertandingan pada tahun ini telah diumumkan secara keseluruhan pada hari tersebut. Seramai 422 orang tetamu hadir pada hari tersebut termasuk para pelajar sekolah di sekitar Lembah Klang dan Selangor, guru-guru sekolah, Kementerian, Jabatan-jabatan Kerajaan, syarikat korporat, pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi dan orang perseorangan. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Tuan Hj Wan Mansoor Wan Omar, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Ir Lee Mian Koi, Puncak Niaga Holding Berhad, Puan Sandra Samad, Telekom Malaysia Berhad, Puan Robiah Harun, Sirim Berhad dan En Abdul Rahim Ismail, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd.
Pihak Telekom dan Puncak Niaga turut dijemput untuk menyampaikan hadiah Saguhati kepada para pemenang. Majlis ini turut mendapat sokongan dari Sin Chew Daily dan Malaysia Nanban selaku Akhbar rasmi disepanjang program ini berlangsung. Dari sektor korporat terdiri daripada Telekom Malaysia sebagai Penaja Utama, Puncak Niaga dan Sirim Berhad sebagai Penaja Bersama. Para penaja yang lain terdiri daripada Shell Malaysia Trading, Nestle Malaysia, Makro Cash & Carry, Amway, Dutch Lady, Unilever, Mc Donald, CNI, Gardenia, Power Root, Cosway dan Cotra Enterprise turut memberikan sumbangan berbentuk hamper kepada para pemenang dan para tetamu yang hadir. |






