Home Sejarah HPM Hari Pengguna 2002
Hari Pengguna 2002 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 27 February 2009 12:05

FOMCA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) telah menganjurkan Pertandingan Mengarang Esei dan Melukis Poster Peringkat Kebangsaan Sempena Hari dan Minggu Pengguna  Malaysia 2002. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Prof Dato' Mohd Hamdan Bin Hj Adnan, pada 15 Mei 2002 bertempat di Hotel Shah Village, Petaling Jaya.  Tujuan pertandingan ini diadakan adalah ingin memberi kesedaran kepada para pelajar dan masyarakat umum tentang isu-isu terkini yang berhubungkait dengan pengguna.

 

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Sejajar dengan tema Hari dan Minggu Pengguna 2002 iaitu "Kemakmuran Negara: Tanggungjawab bersama Pengguna dan Peniaga" pihak Urusetia menyenaraikan 3 tajuk untuk dipertandingkan iaitu:-

 

  1. Tanggungjawab Pengguna dan Peniaga terhadap Kemakmuran Negara
  2. Hak-hak Pengguna dan Peniaga
  3. Kesedaran Peniaga dan Pengguna terhadap Pasaran Masa Kini.
     

Pihak FOMCA juga turut mendapat kerjasama dari akhbar Berita Harian sebagai akhbar rasmi bagi pertandingan ini. Di mana, poster dan borang penyertaan disiarkan di akhbar Berita Harian. Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah penyertaan yang diterima bagi kedua-dua pertandingan ini bagi semua kategori adalah sebanyak 5,000 penyertaan.

 

Dimana, sebanyak 2,000 penyertaan diterima dalam kategori penulisan essei dan sebanyak 3,000 penyertaan diterima dalam kategori melukis poster.  Pemenang -pemenang  menerima hadiah berupa  wang tunai bernilai RM 1,000 (tempat pertama), RM 700 (tempat kedua), RM 300 (tempat ketiga) termasuk sijil penyertaan dan 10 pemenang untuk hadiah saguhati bernilai RM 100. Pemilihan akhir bagi pemenang-pemenang pertandingan ini telah diadakan di Pejabat FOMCA dan disertai oleh Sdra Hafifi Hafidz dari Berita Harian, Sdra Norsham Firdaus Pensyarah dari Universiti Teknologi Mara, Sdra Isamil Jantan dan Puan Normah dari Bahagian Hal Ehwal Pengguna, KPDN&HEP dan Sdra Marimuthu dan Sdra Mohd Yusof mewakili FOMCA.

 

Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pemenang Tempat Pertama menerima wang tunai bernilai RM 1,000, tempat Kedua RM 700 dan tempat Ketiga RM 500 termasuk sijil penyertaan. Semua peserta menerima cenderamata dan sijil penyertaan.

 

Y.Bhg Tan Sri juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi Pertandingan Mengarang Esei dan Melukis Poster pada hari tersebut. Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan tarian dan sketsa dari Kumpulan Harrist Entertainment.  Seramai 350 orang telah hadir untuk menyaksikan majlis ini yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah, jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar-pelajar IPTA dan IPTS, pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah, guru-guru, ibu bapa dan orang perseorangan.

 

Sempena Hari dan Minggu Pengguna 2002 yang berlangsung pada 26 Julai hingga 1 Ogos 2002 di Pusat Dagangan Dunia Putra anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menganugerahkan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) sebagai Organisasi Terbaik 2001. Anugerah ini telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

 

Pemilihan sebagai Organisasi Terbaik 2001 adalah berdasarkan prinsip perjuangan FOMCA yang tetap utuh untuk melindungi pengguna sejak dari tahun 1973 hingga kini. Peranan FOMCA dalam mendidik pengguna melalui media-media cetak dan elektronik dan memainkan peranan penting dalam melobi pihak kerajaan agar menggubal undang-undang berkaitan turut merupakan faktor kejayaan FOMCA bagi meraih anugerah ini.