| Laporan Projek pembangunan sumber air bawah tanah |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Friday, 21 August 2009 08:04 |
|
Malaysia mempunyai sumber air permukaan yang mencukupi tetapi tidak diuruskan dengan cekap. Projek pembangunan sumber air bawah tanah di Mukim Batang Padang, Perak dengan kapasiti tinggi akan memberikan impak kepada alam sekitar. Akan tetapi hal ini tidak dinyatakan dengan jelas dan teliti dalam laporan Kajian Impak Alam Sekitar (Environment Impact Assessment-EIA) atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Sime Darby Berhad telah menggunakan Denmark, Switzerland, England dan Amerika sebagai negara contoh yang menggunakan sumber air bawah tanah.Tetapi, keperluan terhadap sumber air bawah tanah oleh negara-negara ini dan kesan-kesannya tidak dilaporkan.
Dalam bahagian 2, kami menunjukkan dengan jelas impak-impak pengekstrakan air bawah tanah oleh Denmark, England, Amerika dan beberapa negara yang lain. Sebagai contoh, di Denmark, antara negara yang sangat berpengalaman dalam pengekstrakan air bawah tanah juga merasai impak seperti percampuran air laut and penurunan paras air. Kesan-kesan ini masih berlaku walaupun kajian dan model-model air bawah tanah serta hidrologi digunakan untuk menganggar kadar aliran masuk. Kesemua impak termasuk penenggelaman tanah dan penurunan air bawah tanah tidak dapat mengembalikan alam sekitar kepada keadaan asal. Isu-isu yang sama akan berlaku di Mukim Batang Padang dan kawasan-kawasan sekitarnya kerana tiada maklumat terperinci dalam laporan EIA projek ini.
Kami membantah projek pembangunan sumber air bawah tanah. Ini kerana ia bagaikan penghisap darah daripada manusia yang hidup dengan menganggar kadar pengisian semula darah dalam badan. Jika kadar aliran masuk diganggu, ia akan memberikan impak yang serius kepada alam sekitar. Ini dapat dilihat sebagai tema laporan kami, NO RECHARGE, NO DISCHARGE, SIME DARBY TO BE CHARGED (TIADA KADAR ALIR MASUK, TIADA KADAR ALIR KELUAR, SIME DARBY AKAN DIDAKWA).
|
| Last Updated on Wednesday, 16 September 2009 16:52 |






