| Berita Harian - Pelarasan kurangkan beban subsidi |
|
|
|
| Written by admin |
| Friday, 16 July 2010 21:50 |
KUALA LUMPUR: Persatuan pengguna dan badan bukan kerajaan (NGO) menganggap pelarasan harga barangan keperluan adalah wajar bagi mengurangkan beban subsidi ditanggung kerajaan dan pada masa sama mengatasi masalah kekurangan bekalan.Bagaimanapun, mereka mahu kerajaan melakukan pemantauan secara serius bagi memastikan pengusaha tidak menaikkan harga barangan lain. Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berpandangan pelarasan harga gula, minyak RON95, diesel dan gas masak wajar. Presidennya, Datuk N Marimuthu, berkata Malaysia bukan negara istimewa yang terkecuali daripada kenaikan harga barangan dan berharap isu itu tidak dipolitikkan. Kita berharap tiada kenaikan harga barangan lain di pasaran dan kita juga memohon pengguna agar membuat aduan kepada pihak berkuasa jika ada kenaikan harga barangan lain pada kadar tidak munasabah, katanya. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pula menyifatkan pelarasan yang diumumkan semalam boleh membantu rakyat mengurangkan kadar pengambilannya. Setiausahanya, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata perkara utama yang harus diberi perhatian oleh pihak berkuasa ialah penguatkuasaan dan kawalan supaya tiada kesan domino terhadap harga barangan lain. Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Maamor Osman, berkata kenaikan harga barangan keperluan sudah dijangka dan menasihatkan pengguna supaya merancang perbelanjaan harian dengan berhemah. |
| Last Updated on Wednesday, 08 September 2010 04:52 |



FOMCA di Pentas Media 


KUALA LUMPUR: Persatuan pengguna dan badan bukan kerajaan (NGO) menganggap pelarasan harga barangan keperluan adalah wajar bagi mengurangkan beban subsidi ditanggung kerajaan dan pada masa sama mengatasi masalah kekurangan bekalan.