| Utusan Online - TARIF ELEKTRIK: PERLU MAKLUMAT TAMBAHAN |
|
|
|
| Written by admin |
| Friday, 26 February 2010 01:38 |
|
KUALA LUMPUR 24 Feb. - Kabinet masih memerlukan maklumat tambahan mengenai tarif elektrik sebelum memutuskannya pada waktu terdekat.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui mengakui Kabinet dalam mesyuaratnya pagi ini ada membincangkan perkara itu tetapi belum membuat keputusan. ''Tidak ada masalah sebenarnya kerana tarif elektrik ini masih dalam pertimbangan Kabinet tetapi Kabinet memerlukan maklumat tambahan. ''Kementerian saya akan menyusul perkara ini sebelum pengumuman mengenainya dibuat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. Fah Kui semalam dilaporkan berkata, Kabinet akan memutuskan mengenai tarif baru elektrik hari ini. Menurut beliau, kementeriannya telah mengemukakan kertas cadangan mengenai semakan tarif tenaga kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri. |



FOMCA di Pentas Media 

