Home FOMCA di Pentas Media FOMCA di pentas media 2010 Usah percaya jualan penapis air kesihatan
Usah percaya jualan penapis air kesihatan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 09 February 2010 14:56
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam) menasihatkan pengguna untuk tidak mempercayai dakwaan kebaikan kesihatan oleh penjual penapis air memandangkan proses penapisan asas dan pendidihan sudah cukup untuk membunuh bakteria.

Wecam dalam kenyataan berkata, pengguna perlu mengena lpasti masalah kualiti air dan mengetahui puncanya.

Kenyataan itu menyebut, perlu juga mengenal pasti jenis perawatan air sama ada menggunakan keseluruhan rumah titik kemasukan (Point of Entry) atau satu pili Titik Penggunaan (POU).

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat atau aduan mengenai pengeluar penapis air, hubungi Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) melalui talian 03-78779000 atau This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it dan e-aduan di www.nccc.org.my.