| Jangan percaya dakwaan mengelirukan mengenai penapis air |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Monday, 08 February 2010 11:02 |
PETALING JAYA 7 Feb. – Persatuan Pengguna-Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan syarikat-syarikat yang menjual alat penapis air dengan dakwaan yang meragukan.Setiausaha Agungnya, S. Piarapakaran berkata, antara dakwaan itu ialah sistem imun badan dapat dipertingkatkan, mengurangkan alahan dan menyingkirkan bahan-bahan toksik daripada air itu. Dalam satu tinjauan, WECAM juga mendapati sebuah syarikat mendakwa bahawa alat tapisannya boleh “memecahkan molekul-molekul air menjadi partikel-partikel kecil agar ia mudah diserap oleh tubuh”, katanya. Ini, jelas beliau, adalah dakwaan palsu kerana molekul air yang dipegang oleh pengikat hidrogen tidak boleh dirungkai oleh mana-mana proses penapisan. Piarapakaran berkata, tinjauan itu juga mendapati penggunaan penapis-penapis air semakin meningkat di Malaysia dan dakwaan palsu oleh syarikat-syarikat itu semakin menjadi-jadi. "Trend ini amat membimbangkan dan pihak berkuasa perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan kepentingan para pengguna dilindungi,” katanya. – Bernama |




FOMCA di Pentas Media 


PETALING JAYA 7 Feb. – Persatuan Pengguna-Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan syarikat-syarikat yang menjual alat penapis air dengan dakwaan yang meragukan.