| FOMCA Lancar Laman Sesawang Konsumerkini |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Monday, 08 February 2010 10:51 |
|
Petaling Jaya, 5 Feb - Kini pengguna dapat menikmati informasi secara terus mengenai isu-isu pengguna dengan melayari laman sesawang Konsumerkini. Dibina dan digerakkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), laman sesawang ini menyediakan maklumat hal-ehwal pengguna kepada masyarakat yang ingin tahu hak mereka sebagai pengguna. http://www.konsumerkini.net.my Presiden FOMCA, Datuk Marimuthu Nadason berkata laman sesawang ini memenuhi permintaan media dan masyarakat yang menghadapi kesulitan memperoleh maklum-balas dari pertubuhan itu. “Mengapa pihak kami berbuat demikian sebab utama, kami tidak mempunyai 30 orang kakitangan media dan sebagainya hanya beberapa orang sahaja. Ini akan menyenangkan sebab kadang-kadang pihak media nak menghubungi kami pun susah. Jadi dengan terpaparnya di situ (Konsumerkini) pandangan dan sebagainya maka senang untuk pihak media mengetahui perkembangan FOMCA”. Pelancaran portal Fomca ini disempurnakan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad di Petaling Jaya pagi tadi”, katanya. Selain itu, FOMCA turut menandatangani perjanjian persefahaman dengan Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) dan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) bagi mewujudkan kerjasama dalam isu kepenggunaan. Marimuthu menambah kewujudan sistem maklumat terus dari Fomca ini mampu membantu masyarakat peka kepada maklumat-maklumat palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. “Kemudian yang kedua untuk memastikan tiada sesiapa yang memutar belitkan berita-berita FOMCA. Itu penting”, ujar beliau. -HY Jumaat, 05 Februari 2010 | Ruangan: Berita |



FOMCA di Pentas Media 

