| FOMCA Minta Kerajaan Tangani Segera Keadaan Ekonomi |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Thursday, 28 January 2010 15:52 |
PETALING JAYA, 28 Jan (Bernama) -- Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) meminta kerajaan supaya meningkatkan usaha untuk memulih keadaan ekonomi berikutan ramai rakyat yang kini merasai kesan kenaikan kos sara hidup di samping bimbang hilang pekerjaan.Presidennya Datuk N.Marimuthu berkata survei yang dilakukan oleh badan pemikir Think Tank Merdeka Centre menunjukkan 43 peratus rakyat begitu prihatin tentang keadaan ekonomi semasa sementara satu lagi survei oleh syarikat kad kredit VISA International mendapati majoriti rakyat Malaysia bimbang hilang pekerjaan, simpanan dan juga inflasi. Beliau berkata perhatian kini seolah-olah lebih tertumpu kepada soal hubungan kaum, rasuah dan politik dan sedikit sangat dilakukan kepada ekonomi. "Sementara kita menganggap penting usaha menangani hubungan kaum, rasuah dan politik, ia tidak boleh semata-mata menjadi perhatian para pemimpin kita. "Usaha serius perlu dilakukan untuk menjana ekonomi bagi mendapat keyakinan rakyat," katanya. -- BERNAMA |
| Last Updated on Thursday, 28 January 2010 15:53 |




FOMCA di Pentas Media 


PETALING JAYA, 28 Jan (Bernama) -- Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) meminta kerajaan supaya meningkatkan usaha untuk memulih keadaan ekonomi berikutan ramai rakyat yang kini merasai kesan kenaikan kos sara hidup di samping bimbang hilang pekerjaan.