| WECAM: Kajian rapi bahan api perlu |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Monday, 11 January 2010 08:40 |
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) berharap keputusan kerajaan mengenai subsidi bahan api adalah berasaskan kajian terperinci dan bukannya andaian.Dalam satu kenyataan di sini hari ini, WECAM berkata, masalah utama di Malaysia ialah penggunaan petrol bagi sektor pengangkutan adalah lebih tinggi daripada penggunaan dalam sektor tenaga elektrik. "Penambahbaikan rangkaian pengangkutan awam dan capaian ke akar umbi akan membantu pengguna-pengguna di Malaysia untuk menggunakannya," katanya. WECAM berkata, tanpa peralihan besar kepada penggunaan pengangkutan awam, penggunaan bahanapi di sektor pengangkutan tidak akan dapat dikurangkan. Ia berkata, untuk mengurangkan kadar subsidi dalam penggunaan bahan api, cukai ke atas kenderaan import serta kenderaan yang dipasang di Malaysia sepatutnya berpandukan kecekapan penggunaan bahan api, dengan kecekapan yang tinggi sepatutnya dikurangkan cukai atau pengecualian cukai. "Mempertingkatkan sistem pengangkutan awam melalui rangkaian tren juga akan memainkan peranan penting. Jika 50 peratus rakyat Malaysia menggunakan rangkaian rel, akan berlaku penjimatan yang hebat dalam subsidi bahan api, pengurangan pelepasan karbon dioksida dan kesesakan trafik akan turut berkurangan," katanya. WECAM berkata, buat masa ini, hampir 20 peratus rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam. Ia berkata, membantu pemilik kereta lama dengan dasar penamatan hayat kenderaan bukan sahaja akan mengurangkan kereta lama yang banyak menggunakan bahan api, tetapi juga membantu pengguna membeli kenderaan baharu pada harga yang berpatutan. WECAM berkata kerajaan patut menjalankan kajian sebelum mengumumkan sebarang perubahan. "Penilaian impak, analisis punca, perubahan dan simulasi trend masa depan dapat membantu Malaysia mengambil keputusan yang terbaik," katanya. - BERNAMA |



FOMCA di Pentas Media 


KUALA LUMPUR 8 Jan. - Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) berharap keputusan kerajaan mengenai subsidi bahan api adalah berasaskan kajian terperinci dan bukannya andaian.