Home FOMCA di Pentas Media FOMCA di Pentas Media 2009 Hampir 37 peratus air dirawat tidak jana perolehan
Hampir 37 peratus air dirawat tidak jana perolehan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 22 October 2009 10:05

PETALING JAYA: Hampir 37 peratus daripada air yang dirawat di Malaysia tidak menjana sebarang perolehan disebabkan kebocoran dalam sistem saluran paip dan kerosakan meter bekalan air.


"Ini membabitkan kerugian berjumlah kira-kira RM1.5 bilion setiap tahun," kata Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam), S Piarapakaran.

 


Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata kehilangan air ini sebenarnya tetap dibayar oleh pengguna kerana jumlahnya dimasukkan dalam tarif air.


"Oleh itu adalah penting bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menjalankan satu kajian menyeluruh dan mengarahakn semua syarikat pengendali bekalan air meminimumkan kehilangan air," katanya.


Beliau berkata, dengan meminimumkan kehilangan air, Malaysia boleh memenuhi lebih banyak permintaan terhadap bekalan air tanpa memerlukan pelaburan baru dalam membangunkan infrastruktur tambahan.


Piarapakaran juga mencadangkan SPAN merumuskan satu petunjuk prestasi utama (KPI) bagi syarikat pengendali bekalan air berdasarkan kepada keupayaan mereka menangani perkara itu. - Bernama