Home FOMCA di Pentas Media FOMCA di Pentas Media 2009 Utusan - Air bawah tanah: Kerja yang membazir
Utusan - Air bawah tanah: Kerja yang membazir PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 17 September 2009 13:32

APABILA pihak kami membantah projek air bawah tanah pada awal tahun ini, kami ditawarkan 'bantuan kewangan dan teknikal'. Pada hari ini satu lawatan percuma ke Korea Selatan untuk memahami teknologi air bawah tanah.

 

Apabila kadar pengekstrakan air bawah tanah adalah melebihi kadar penggantian secara semulajadi, ia boleh menyebabkan penenggelaman tanah, percampuran air laut penurunan paras air/kadar aliran masuk dan impak kepada ekosistem. Impak-impak ini juga dialami oleh negara-negara barat yang digunakan oleh Sime Darby sebagai contoh. Sekarang kita akan ke Korea Selatan.

Kami juga mencabar Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) yang bersifat teori dan tiada nilai spesifik dalam semua kiraan. Apa yang membimbangkan adalah tiada lokasi spesifik.

Projek pengekstrakan air bawah tanah di Batang Padang, Perak tidak boleh dilihat sebagai alternatif kepada peningkatan permintaan air.

Terdapat pelbagai cara di mana kita boleh menguruskan permintaan air seperti pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air permukaan negara. Ini adalah penting untuk memastikan kawasan tadahan air yang mencukupi. Perhubungan antara air permukaan dan air bawah tanah adalah sahih dan tidak boleh dibuktikan salah oleh sesiapa. Pengekstrakan air bawah tanah sememangnya akan memberikan impak kepada aliran air permukaan.

Kebanyakan negeri di Malaysia mempunyai Air tidak Terhasil (Non-Revenue Water-NRW) yang tinggi di mana terdapat negeri yang mencecah 50 peratus daripada penghasilan air terawat. Ini menyebabkan kehilangan yang besar dalam air terawat dan hasil pendapatan syarikat air. Di Malaysia, purata NRW kebangsaan adalah hampir 40 peratus. Pengurangan nilai ini kepada 20 peratus dapat menampung lebih daripada permintaan.

Tambahan pula, pengurusan air hujan, penuaian air hujan, guna semula serta kitar semula air sisa dapat menyumbang kepada pengurusan permintaan air yang lebih bijak. Isu pokok di sini adalah, sektor pertanian menggunakan hampir 2/3 sumber air mentah berbanding kedua- dua penggunaan domestik dan industri. Ini merupakan isu yang tidak ditangani langsung.

Perbuatan Sime Darby adalah untuk membuat keuntungan cepat daripada kesengsaraan rakyat. Di samping itu, kos per unit penghasilan air bawah tanah terawat adalah jauh lebih tinggi daripada kos perawatan konvensional. Ini akan meningkatkan tarif air.

Apabila pakar daripada Amerika yang melawat Malaysia (dalam satu seminar di KL) memberi amaran tentang penggunaan air bawah tanah yang kini hampir menghancurkan beberapa ekosistem mereka. Sime Darby menggunakan pengaruhnya untuk menutup kebenaran universal ini. Kami menjemput rakyat dan pihak-pihak berkepentingan untuk membaca laporan kami di laman-laman berikut, www.fomca.org.my, www.wecam.org.my dan www.forumair. org.my. Masa depan di tangan anda.

PIARAPAKARAN SUBRAMANIAM
Setiausaha Agung Persatuan
Pengguna Air dan Tenaga
Malaysia (WECAM)