Home FOMCA di Pentas Media FOMCA di Pentas Media 2009 Berita Harian - Banyak bukti usaha ekstrak air bawah tanah rosakkan alam sekitar
Berita Harian - Banyak bukti usaha ekstrak air bawah tanah rosakkan alam sekitar PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 15 September 2009 12:58

KENYATAAN Sime Darby mengenai projek air bawah tanah di Batang Padang, Perak tidak memberi kesan buruk kepada ekosistem dan alam sekitar jika dibangunkan mengikut teknologi sesuai, meragukan.


Apa yang akan terjadi jika ia tidak dilaksanakan mengikut kaedah ditetapkan? Tentu ia memberi kesan negatif kepada sistem ekologi yang membawa kepada kepupusan dan gangguan flora dan fauna serta kemusnahan hutan.

 


Apabila kawasan hutan ditebang dan diganggu, flora dan fauna terancam dan menyebabkan hidupan ini mencari habitat baru atau terus pupus. Lebih malang, apabila tiada tumbuhan di sekeliling, persekitaran menjadi lebih panas dan akan menimbulkan ketidakselesaan kepada hidupan hutan.


Projek yang bertujuan untuk membekalkan air ke Lembah Klang ini bakal menenggelamkan kawasan itu pada masa akan datang akibat pergerakan struktur tanah. Banjir mungkin berlaku apabila sistem pengaliran air kurang teratur. Pendedahan tanah kepada hujan menyebabkan aliran air di permukaan tanah bertambah. Air yang banyak tidak dapat diserap ke dalam tanah dan mengalir terus ke sungai dan akhirnya menyebabkan banjir serta pemendapan tanah.


Apabila pemendapan, berlaku tanah runtuh dan hakisan. Tanah semakin mendap punca percampuran air laut dan air masin. Kenyataan Ketua Pegawai Operasi Fomca, S Piarapakaran dalam akhbar tempatan baru-baru ini turut menyatakan banyak bukti di seluruh dunia menunjukkan projek air bawah tanah menimbulkan pelbagai masalah.


Mampukah syarikat melaksanakan projek tanpa menimbulkan sebarang masalah? Contohnya, Indonesia tidak dapat membina landasan kereta api kerana pemendapan tanah akibat projek air ini.


Lebih baik peruntukkan estrak air dialihkan kepada projek yang lebih mendatangkan manfaat. Ia juga pasti belanja tinggi kerana menggunakan teknologi terkini yang diimport. Adakah tenaga kerja tempatan cukup mengendalikannya? Syarikat perlu mengambil pakar luar negara untuk melaksanakan projek ini Saya berharap kerajaan memikirkan semula rasional projek ini dan perlu dipastikan tidak timbul masalah ibarat ‘nasi sudah menjadi bubur’.


OTHMAN JALANI,
Ijok, Selangor.

Last Updated on Wednesday, 16 September 2009 16:56