| Kementerian Kesihatan nafi lambat bertindak |
|
|
|
| Wednesday, 20 May 2009 07:37 |
ROMPIN 18 Mei - Kementerian Kesihatan menafikan lambat bertindak menangani influenza A (H1N1) menyebabkan ada rakyat yang dijangkiti penyakit itu gagal dikesan dengan cepat.Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menegaskan, kes yang membabitkan penumpang pesawat AirAsia AK5358 tidak boleh dijadikan ukuran untuk menuduh kementerian lambat bertindak. "Sebenarnya sejurus menerima laporan berhubung dua penumpang yang disyaki dijangkiti H1N1, kita dengan pantas membuat sidang media dan mengambil langkah susulan segera utuk mengawal penyakit itu daripada merebak. "Orang ramai diberikan penerangan sepanjang masa dalam setiap saluran yang kita ada mengenai perkembangan H1N1," katanya kepada pemberita selepas majis pecah tanah tapak Hospital Rompin di sini hari ini. Sultan Pahang berkenan berangkat merasmikan majlis pecah tanah tersebut. Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Rosnah mengulas dakwaan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) bahawa Kementerian Kesihatan lambat bertindak menyebabkan ada penumpang pesawat dari luar negara yang disyaki dijangkiti H1N1 'terlepas.' Penyebaran H1N1 dikesan sejak 13 Mei lalu selepas seorang pelajar lelaki yang pulang ke tanah air dari Amerika Syarikat dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH091 bersama 191 penumpang disahkan positif setelah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 14 Mei lalu. Teman wanitanya yang kemudian menaiki pesawat AirAsia AK5358 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Pulau Pinang turut disahkan positif selepas mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang. Mengulas lanjut, Rosnah memberitahu, kementerian sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk polis untuk mengesan orang ramai yang dijangkiti H1N1. |



FOMCA di Pentas Media 


ROMPIN 18 Mei - Kementerian Kesihatan menafikan lambat bertindak menangani influenza A (H1N1) menyebabkan ada rakyat yang dijangkiti penyakit itu gagal dikesan dengan cepat.