| FOMCA Gesa Dasar Hijau Dalam Semakan Dasar Automotif |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Monday, 12 October 2009 15:44 |
|
Presiden Datuk N. Marimuthu berkata NAP sedia ada hanya menggariskan "cara lebih mudah bagi pengguna mendapatkan kereta" dalam senarai perbelanjaan dengan menaikkan subsidi minyak dan kemudahan pinjaman kereta.
Pengurangan itu katanya boleh dilaksanakan dengan melakukan penambahbaikan terhadap sistem pengangkutan awam dan menjadikannya lebih efisien dan mesra pengguna. Katanya NAP juga perlu memberi perhatian daripada segi keefisienan kereta itu sendiri. "Pengguna di Malaysia patut disediakan kereta yang efisien daripada segi penggunan minyak dan mesra alam sekitar dengan kemudahan bahan bakar alternatif yang dapat membantu mengurangkan penggunaan bahan bakar dan pengeluaran karbon dioksida,' katanya.
Beliau mencadangkan skim "End Life Vehicle" (ELV) disepadukan dalam NAP bagi menjadikan lebih mampu bagi pengguna untuk memiliki kereta sendiri. Menurutnya, banyak negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat mempunyai skim seumpama itu yang membantu membangunkan industri baru berasaskan komponen kereta yang dikitar semula.
-- BERNAMA |




FOMCA di Pentas Media 


PETALING JAYA, 11 Okt (Bernama) -- Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan memastikan semakan Dasar Automotif Negara (NAP) memberi perhatian kepada "pendekatan rakyat didahulukan" bagi melindungi pengguna.