|
MEMORANDUM - PERKHIDMATAN BAS EXPRESS; KADAR TINGGI KEMALANGAN DAN KEMATIAN - PEMATUHAN PERATURAN UNECE R66, 80 DAN 36 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 26 August 2011 02:25 |
|
FOMCA telah menghantar memorandum mengenai masalah perkhidmatan bas ekspres kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia.Kemalangan ngeri di jalan raya bukanlah satu perkara baru di Malaysia, terutama kemalangan membabitkan bas ekspres.
Walaupun bilangan kemalangan yang membabitkan bas ekspres kurang berbanding kenderaan yang lain, tetapi apabila kemalangan berlaku, ia melibatkan kehilangan nyawa yang besar. Kemalangan besar yang melibatkan bas ekspres berlaku sekurang-kurangnya sekali setahun sejak tahun 2006.
Sejak kebelakangan ini, kes kemalangan melibatkan bas ekspres semakin mendapat perhatian masyarakat kerana tiada langkah penyelesaian dilakukan walaupun banyak kes kemalangan terjadi. Pada akhir bulan ini dan awal bulan hadapan, rakyat Malaysia akan menyambut musim perayaan dan cuti panjang.
Meskipun tiket bas ekspres sudah habis dijual, tetapi pengguna masih berasa bimbang sama ada mereka akan selamat sampai ke destinasi.
Klik disini untuk muat turun memorandum
Oleh Datuk Marimuthu Nadason Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) – 15 Ogos 2011 |
|
Cukai mungkin dikurangkan? |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 11 May 2011 22:19 |
|
NAJIB Tun Razak berjalan bersama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selepas Majlis Konsultasi Bajet 2012 di Kementerian Kewangan, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
PUTRAJAYA 10 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cukai pendapatan persendirian dan korporat mungkin boleh dikurangkan apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan.
Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, kerajaan perlu meneruskan Program Pendidikan Kesedaran Awam untuk mendidik masyarakat tentang manfaat yang bakal diperoleh menerusi GST.
‘‘Kita perlu melihat penerimaan orang ramai terhadap GST dan kerajaan akan lakukan tinjauan yang tepat.
‘‘Pengumuman mengenai pelaksanaannya akan dibuat apabila sampai masanya agar kadar ditetapkan boleh diterima rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2012 di Kementerian Kewangan, di sini hari ini.
|
|
Read more...
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|
|
Page 1 of 31 |