Print
Category: FOMCA di pentas media 2019

Keputusan mengenai kadar terbaharu tol akan diketahui Jun ini. Ketika ini, kajian holistik sedang dilakukan Kementerian Kerja Raya bersama perunding bebas. Jelas Menterinya, Baru Bian. keputusan kajian itu dijangka dibentang kepada pihak kementerian bulan depan, sebelum dibawa ke kabinet. Beliau menjelaskannya di Batu Pahat Johor, selepas merasmikan Sistem Solar Fotovolta Pertama di R&R Machap. Jangkaan Kementerian Kerja Raya, akan ada berita baik mengenai kadar tol, selain yakin keputusan dibuat kelak mengambil kira kesejahteraan rakyat.

 

Video: http://www.onenews.my/kadar-terbaharu-tol-dimuktamadkan-jun/