Apakah yang dimaksudkan meter pukal?

Meter pukal adalah meter utama yang digunakan oleh rumah kediaman bertingkat yang akan diambil bacaan oleh pihak syarikat air. Bacaanya adalah pengunaan keseluruhan kediaman bertingkat tersebut.

Bil air tersebut akan diserahkan kepada badan pengurusan bangunan (JMB) dan seterusnya JMB akan mengira purata mengikut bilangan unit dan mengutip caj daripada penghuni-penghuni untuk membayar bil air tersebut.

Apakah yang dimaksudkan meter individu?

Setiap unit kediaman bertingkat mempunyai meter individu sendiri yang akan diambil bacaan oleh pihak syarikat air. Bil air akan dikeluarkan terus kepada penghuni seperti bil elektrik dan rumah berteres.

Seterusnya, bil perlu dibayar terus kepada syarikat air oleh penghuni.

Kelemahan menggunakan meter pukal

Pelbagai kes pemotongan air di kediaman bertingkat tinggi akibat tunggakan bil air yang tinggi sehingga berpuluh-puluh ribu telah berlaku dan akhirnya penghuni di sana terpaksa mengalami masalah gangguan air dari semasa ke semasa. Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perkara sebegini adalah seperti:

a)Badan Pengurusan (JMB) di bangunan tersebut tidak membayar bil air kepada pihak syarikat air

b)Sebahagian penghuni tidak membayar yuran pengurusan mengikut masa di mana ia menyebabkan tunggakan membayar bil oleh pihak Badan Pengurusan

c)Sebahagian penghuni berasa tidak puas hati dengan kadar caj yang tidak adil (selalunya bil dibahagi mengikut unit tanpa mengira bilangan orang yang tinggal dalam unit)

d)Tidak mempunyai badan pengurusan di kediaman bertingkat tinggi

Kesemua faktor tersebut telah menyebabkan pelbagai isu gangguan air disebabkan tunggakan bil air berlaku dan ini adalah tidak adil bagi sesiapa yang selalu membayar tepat masa. Sesiapa yang bayar tidak dapat air, tidak bayar pun tidak dapat air. Adakah ini adil?

Migrasi Meter Pukal kepada Meter Individu

Untuk menyelesaikan masalah ini, pelaksanaan migrasi wajib telah dikuatkuasakan pada 1 Februari 2014 seperti terkandung di dalam Warta Kerajaan Persekutuan " Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air Dan Pemasangan Paip) 2014  oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Menerusi program ini, penghuni di kediaman bertingkat boleh memohon penukaran meter pukal kepada individu dengan JMB atau pengurusan bangunan (MC). JMB/MC perlu menyerahkan permohonan kepada pihak syarikat air untuk proses migrasi tersebut.

Migrasi meter pukal kepada meter individu membolehkan penghuni berpeluang untuk menikmati kadar tarif air yang lebih rendah dan juga adil dari segi kadar pembayarannya kerana ia adalah mengikut kegunaan masing-masing berbanding menggunakan meter pukal bagi perumahan bertingkat.

Kerjasama daripada semua pihak terutamanya penghuni dan pengurusan bangunan adalah faktor penting dalam proses migrasi tersebut. Selain itu, pihak pengurusan perlu mengemukakan permohonan secepat mungkin sebelum dikenakan tindakan daripada pihak berkuasa.

Proses untuk permohonan migrasi adalah seperti di bawah:

Sumber : SYABAS

Jesslyn Pek Yen Lee

Forum Air Malaysia