Orang ramai yang berhasrat menyertai skim peaburan benih kurma di negeri ini diminta supaya tidak mudah terpedaya dengan janji kononya pelaburan itu boleh menjana pendapatan lumayan dalam masa singkat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, pihaknya masih belum menjalankan kajian terperinci berhubung kesesuaian dan kesuburan pokok kurma untuk ditanam di negeri ini berdasarkan faktor cuaca.

“Ketika lawatan kerja di Thailand baru-baru ini, kaedah penanaman pokok kurma memerlukan cuaca panas selama empat bulan secara berterusan bagi memastikanna hidup subur,” katanya kepada pemberita disini kelmarin.

Sebelum ini, beberapa syarikat perladangan dikatakan menawarkan skim pelaburan benih kurma kepada penduduk.

Mengikut skim itu, pelabur perlu membeli sepokok benih kurma yang dijual sekitar RM800. Syarikat itu akan uruskan penjagaan pokok kurma dan menjual buahnya yang kemudian keuntungan dipulangkan kepada pelabur dalam tempoh dua tahun setengah.

Sumber : KOSMO! – Khamis ( 6 Oktober 2016 )